Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Met Galleria pembangunan terkini KL Metropolis


Tarikh kemaskini: 31/07/2018




KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Met  Galleria, ruang komersial dua tingkat, akan menjadi projek terbaharu kepada pembangunan Metropolis KL Naza TTDI Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi syarikat, Datuk Idzham Mohd Hashim, berkata ruang mewah dua tingkat bernilai RM160 juta itu akan menjadi pilihan utama peruncit.

"Met Galleria bermatlamat memenuhi 350,000 penduduk sedia ada di kawasan sekitar, serta pemilik pembangunan kediaman yang akan datang (di KL Metropolis), pengunjung dan pekerja dari pejabat-pejabat berhampiran Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Met Galleria kepada pemegang kepentingan hari ini.

Setakat ini, 15 peratus daripada pembangunan siap dan selebihnya dijadual siap pada suku pertama 2021.

Empat puluh peratus daripada ruang di Met Galleria akan dikhususkan untuk makanan dan minuman, 20 peratus untuk kedai konsep runcit dan selebihnya untuk penyewa utama, perkhidmatan dan ruang jualan jangka pendek.

Selain Met Galleria, pembangunan lain di KL Metropolis yang dijangka siap pada 2021 termasuklah menara pejabat korporat MET dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM650 juta, MET 1 Residents dan Arte Mont Kiara.

Pembangunan KL Metropolitan dengan GDV RM20 bilion, merangkumi kawasan seluas 30.55 hektar dan merupakan tumpuan utama pembangunan Naza TTDI.

"Kami membina untuk menampung permintaan tersedia dan fokus kepada usaha untuk menarik penduduk sedia ada," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

TPM dijangka hadir majlis penutup Sukma ke-19

 
     

Peniaga barang sembahyang mati ditembak di Skudai

 
     

Puteri Nur Adillah lebur rekod 18 tahun Roslinda Samsu

 
     

Syed Saddiq sokong Anwar bertanding di Port Dickson

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel