Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Kerja baiki Jalan Tawau-Merotai siap Sept 2019


Tarikh kemaskini: 06/06/2018




TAWAU, 6 Jun (Bernama) -- Kerja-kerja membaiki jalan rosak di Kilometer 15.7 Jalan Tawau-Merotai berhampiran Kampung Bukit dekat sini, yang menelan belanja kira-kira RM20 juta itu dijangka siap pada September 2019.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Abdul Muis Picho berkata tindakan pembaikan telah dilaksana sejak Januari tahun ini namun tergendala disebabkan masalah tanah bagi membuat lencongan jalan untuk kerja pembaikan dijalankan.

"Tanah yang perlu digunakan adalah milik Syarikat Sime Darby.

"Hari ini, berdasarkan perbincangan antara kementerian, Sime Darby, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terlibat berjaya memperoleh kebenaran untuk menggunakan tanah Sime Darby itu untuk membuat jalan lencongan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Muis berkata kerja-kerja pembaikan jalan di Kilometer 50.37 Jalan Tawau-Kalabakan dekat sini, akan turut dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Muis menerima taklimat mengenai projek pembaikan jalan daripada Pengarah JKR Sabah Datuk Amrullah Kamal serta Jurutera JKR Tawau Andy Faizal Sahapadin. Turut bersama dalam sesi taklimat itu Anggota Parlimen Kalabakan daripada Parti Warisan Sabah, Ma'mun Sulaiman.

-- BERNAMA
   

 
 
     
   
 

Pesta pantai Lexis Hibiscus jadi acara tahunan

 
     

Rumah terbuka Aidilfitri Undang Luak Rembau meriah

 
     

Warga Thailand maut di Miri

 
     

Kanak-kanak hilang dijumpai di dalam hutan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel