Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Semua Pendaki Gunung Kinabalu Selamat Turun


Tarikh kemaskini: 09/03/2018





KUNDASANG, 9 Mac (Bernama) -- Semua pendaki Gunung Kinabalu termasuk kakitangan yang bertugas selamat turun dari Laban Rata Resthouse awal pagi ini susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Ranau pukul 9.06 malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 4.30 pagi melibatkan 239 orang, termasuk 130 pendaki di resthouse itu di Panalaban pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut.

Panalaban adalah lokasi persinggahan yang mana pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter.

"Ekoran gempa bumi tersebut, pihak APM bersama agensi penyelamat lain bekerjasama untuk membantu usaha menyelamat pendaki serta kakitangan bertugas turun dari Laban Rata menuju ke tempat selamat di Timpohon Gate (titik permulaan pendakian)," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tindakan membawa turun pendaki bermula sejak kira-kira 9.40 malam yang dipimpin oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar).

-- BERNAMA
   

 
 
     
   
 

Dua beranak lemas ketika memancing di Kuala Sepetang

 
     

Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dua senjata

 
     

480 peserta, 40 pasukan sertai pertandingan perahu naga

 
     

Pegawai, anggota polis perlu ikhlas ketika bertugas bagi memastikan integriti terpelihara

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel