Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Pendaki Di Gunung Kinabalu Selamat - Bomba Ranau


Tarikh kemaskini: 08/03/2018




KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) yang sedang bertugas di Gunung Kinabalu mengesahkan kesemua 130 pendaki dalam keadaan selamat susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter di Ranau  pada  9.06 malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan daripada MOSAR pada  kira-kira 9.40 malam bagi melaporkan keadaan pendaki itu. 

"Saya sudah mendapat laporan daripada anggota MOSAR yang sedang bertugas di gunung dan semua pendaki dalam keadaan selamat dan diminta untuk berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kesemua pendaki tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dalam proses dibawa turun dari Laban Rata oleh pihak MOSAR serta malim gunung, katanya. 

Menurut Jimmy, masih terdapat  jatuhan batu-batuan ekoran daripada gegaran itu, namun pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan dan sedang menjalankan rondaan dengan bantuan  polis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa bersiap sedia dan menghubungi pihak Bomba  sekiranya terdapat kerosakan atau sebarang kejadian tidak diingini ekoran gegaran itu.

-- BERNAMA
   

 
 
     
   
 

Dua beranak lemas ketika memancing di Kuala Sepetang

 
     

Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dua senjata

 
     

480 peserta, 40 pasukan sertai pertandingan perahu naga

 
     

Pegawai, anggota polis perlu ikhlas ketika bertugas bagi memastikan integriti terpelihara

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel