Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Kerajaan Negeri Sembilan Berhasrat Wujudkan Pusat Konservasi Batu Megalith


Tarikh kemaskini: 08/03/2018




KUALA PILAH, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan  Negeri Sembilan berhasrat mewujudkan Pusat Konservasi Batu Megalith di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Port Dickson.

Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) Aziz Mohd Gorip berkata selain itu, sebuah galeri khas yang memaparkan mengenai batu megalith yang terdapat di negeri ini juga akan diwujudkan di kompleks tersebut.

"Fokus utama pengisian galeri ini ialah tapak megalith yang terdapat di daerah Kuala Pilah terutamanya di Terachi. Adanya galeri tersebut maka dapat kita memulihara dan mengekalkan batu megalith seperti mana yang dihasratkan  dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog mengenai batu megalith di Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini, hari ini.

Sesi dialog itu dihadiri  40 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan LMNS, Jabatan Warisan Negara dan pemilik tapak megalith.

Aziz berkata batu megalith telah wujud di negeri ini sejak zaman logam dan juga dikaitkan dengan sejarah  dan kebudayaan masyarakat Minangkabau yang datang ke Negeri Sembilan.

"Berdasarkan daripada rekod Jabatan Warisan Negara, tapak megalith yang terdapat di Negeri Sembilan adalah sebanyak 291 manakala jumlah batu megalith pula sebanyak 3,572," katanya.

Mengenai sesi dialog itu, Aziz berkata ia adalah kesinambungan Seminar Batu Megalith yang diadakan di Seremban pada November tahun lepas.

-- BERNAMA
   

 
 
     
   
 

Dua beranak lemas ketika memancing di Kuala Sepetang

 
     

Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dua senjata

 
     

480 peserta, 40 pasukan sertai pertandingan perahu naga

 
     

Pegawai, anggota polis perlu ikhlas ketika bertugas bagi memastikan integriti terpelihara

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel