| |
PELAN INDUK MEMBASMI KEMISKINAN
PENGENALAN
Arus pembangunan ekonomi yang pesat tidak hanya membawa kemakmuran dan
hasil yang positif kepada kesejahteraan rakyat. Mahu tidak mahu,
pembangunan juga menjadi punca kepada beberapa kesan sampingan.
Pembangunan ekonomi yang pesat di Selangor merangsang penghijrahan
penduduk dari negeri-negeri lain secara aktif dan berterusan. Ini
seterusnya membawa kepada permasalahan, terutamanya berkaitan
penempatan dan pekerjaan.
Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mencari penyelesaian kepada
fenomena ini. Sehubungan hasrat untuk mewujudkan setinggan sifar dan
memberi kehidupan yang lebih terjamin kepada rakyat, kerajaan negeri
telah merangka satu Pelan Induk yang komprehensif sebagai asas dan
panduan dalam usaha membasmi kemiskinan di Selangor, di mana
permasalahan ini akan ditangani secara bersepadu di peringkat puncanya.
Secara ringkasnya, Pelan Induk ini bermatlamat memastikan 1.1 peratus
warga Selangor yang hidup di bawah paras kemiskinan serta 0.5 peratus
lagi yang dikategorikan sebagai termiskin tidak akan ketinggalan dari
sudut ekonomi dan dapat turut sama menikmati faedah-faedah arus
perdana pembangunan.
DASAR DAN STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
(2001-2005)
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di kawasan bandar dan luar
bandar.
Meneruskan usaha Dasar Ekonomi baru (DEB) dan memperkenalkan
strategi pembasmi kemiskinan seperti
- Memberi tumpuan kepada kumpulan dasar khusus di kawasan luar bandar,
pinggiran bandar dan masyarakat Orang Asli.
- Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan 30% terendah iaitu
RM1,200 dan ke bawah.
Statistik penduduk Negeri Selangor
|
Penduduk bandar |
87.9 % |
|
Penduduk luar bandar |
12.1% |
|
Kepadatan penduduk |
565 |
|
Kadar pertumbuhan
Lembah Kelang |
9 % ( 2001-2003) |
|
Kadar pertumbuhan
Selangor |
6 % ( 2001-2003) |
PEMBASMIAN KEMISKINAN DENGAN PENDEKATAN
IN-SITU
Mengapa Pendekatan Pembangunan In-Situ
Pendekatan in-situ dibuat bagi mengenal pasti kumpulan sasaran dengan
lebih rapat bagi menyalurkan bantuan secara terus kepada individu
terlibat. Melalui pendekatan ini, pangkalan data golongan termiskin
(yang layak diberikan bantuan) akan dikenal pasti. Seterusnya
keperluan sebenar golongan ini akan dikenal pasti, dan projek atau
bantuan yang sewajarnya dapat dilaksanakan atau disalurkan mengikut
keperluan individu terbabit.
Analisis Data Kemiskinan
Untuk melaksanakan Pelan Induk yang menyeluruh, dua daerah telah
dipilih iaitu daerah Gombak dan Petaling, bagi memberikan gambaran
awal tentang data kemiskinan serta mengenal pasti program pembasmian
kemiskinan yang bersesuaian.
1. Golongan Termiskin di Daerah Gombak dan
Petaling
Analisis dibuat ke atas data kemiskinan tegar penerima bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (berasaskan pendapatan RM260 ke bawah) di
kedua-dua daerah. Analisis data ini mengambil kira aspek bangsa umur,
pendapatan, bilangan tanggungan, jumlah bantuan dan status pemilikan
rumah di kalangan golongan termiskin.
a. Pecahan Bangsa
|
Bangsa |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
Melayu |
150 |
47.9 |
160 |
52.0 |
|
Cina |
25 |
8.0 |
39 |
13 |
|
India |
130 |
41.5 |
106 |
34.0 |
|
Sikh |
4 |
1.3 |
2 |
1.0 |
|
Lain-lain |
4 |
1.3 |
- |
- |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
b. Kategori Umur
|
Kategori Umur |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
30 ke bawah |
9 |
2.9 |
16 |
5.2 |
|
31-50 tahun |
76 |
24.3 |
100 |
32.6 |
|
51-70 tahun |
138 |
44.1 |
124 |
40.4 |
|
70 tahun ke atas |
90 |
28.6 |
67 |
21.8 |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
c. Pendapatan Purata
|
Pendapatan Purata
|
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
RM51-RM100 |
13 |
4.1 |
13 |
4.2 |
|
RM101-RM150 |
11 |
3.6 |
9 |
2.9 |
|
RM151-RM200 |
32 |
10.2 |
32 |
10.4 |
|
RM201-RM250 |
24 |
7.7 |
20 |
6.5 |
|
Tiada pendapatan |
233 |
74.4 |
233 |
76 |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
d. Bilangan Tanggungan
|
Bilangan Tanggungan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
Tiada tanggungan |
5 |
1.6 |
- |
- |
|
1-3 orang |
66 |
21.1 |
218 |
71.0 |
|
4-6 orang |
35 |
11.2 |
39 |
13.0 |
|
7-10 orang |
15 |
4.8 |
2 |
0.5 |
|
10 orang ke atas |
1 |
0.3 |
- |
- |
|
Tiada maklumat |
191 |
61.0 |
48 |
15.5 |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
e. Jumlah Bantuan
|
Jumlah Bantuan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
RM51-RM100 |
121 |
38.7 |
68 |
21.9 |
|
RM101-RM150 |
24 |
7.7 |
143 |
46.6 |
|
RM151-RM200 |
25 |
8.2 |
40 |
13.1 |
|
RM201-RM250 |
11 |
3.5 |
47 |
15.3 |
|
RM251-RM300 |
12 |
3.8 |
2 |
0.8 |
|
RM300 ke atas |
25 |
8.0 |
- |
- |
|
Tiada maklumat |
95 |
30.1 |
7 |
2.3 |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
f. Status Pemilikan Rumah
|
Jenis Pemilikan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
Rumah sendiri |
209 |
66.8 |
102 |
33.23 |
|
Rumah Sewa |
104 |
33.23 |
202 |
65.6 |
|
Tiada maklumat |
- |
- |
3 |
1.0 |
|
JUMLAH |
313 |
100 |
307 |
100 |
2. Fakir Miskin di Daerah Gombak dan Petaling
Analisis dibuat berdasarkan data yang diperolehi daripada Pusat Zakat
Selangor (sekarang Lembaga Zakat Selangor) yang digunakan bagi
pemberian bantuan Bulan Ramadan dan Syawal. Analisis data ini
mengambil kira aspek umur, pendapatan, bilangan tanggungan dan jumlah
bantuan di kalangan golongan fakir dan miskin di kedua-dua daerah
terbabit.
a. Kategori Umur
|
Kategori Umur |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
30 ke bawah |
17 |
3.5 |
- |
- |
|
31-50 tahun |
198 |
40.24 |
80 |
76.92 |
|
51-70 tahun |
180 |
37.80 |
23 |
22.11 |
|
70 tahun ke atas |
91 |
18.5 |
1 |
0.96 |
|
JUMLAH |
492 |
100 |
104 |
100 |
b. Pendapatan Purata
|
Purata Pendapatan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
RM100 ke bawah |
140 |
28.46 |
7 |
6.73 |
|
RM101-RM200 |
65 |
13.21 |
11 |
10.57 |
|
RM200-RM300 |
53 |
10.0 |
6 |
5.76 |
|
RM301-RM400 |
40 |
8.13 |
15 |
14.42 |
|
RM401-RM500 |
53 |
10.8 |
23 |
22.11 |
|
RM500 ke atas |
141 |
28.65 |
42 |
40.38 |
|
JUMLAH |
492 |
100 |
104 |
100 |
c. Bilangan Tanggungan
|
Bilangan tanggungan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
Tiada tanggungan |
- |
- |
3 |
2.88 |
|
1-3 orang |
80 |
16.26 |
45 |
43.26 |
|
4-6 orang |
129 |
26.22 |
39 |
37.5 |
|
7-10 orang |
25 |
5.08 |
17 |
16.34 |
|
10 orang ke atas |
8 |
1.63 |
- |
- |
|
Tiada maklumat |
250 |
50.81 |
- |
- |
|
JUMLAH |
492 |
100 |
104 |
100 |
d. Jumlah Bantuan
|
Jumlah bantuan |
Daerah Gombak |
Daerah Petaling |
|
Bilangan |
% |
Bilangan |
% |
|
RM500 ke bawah |
43 |
8.74 |
22 |
21.15 |
|
RM501-RM1,000 |
253 |
51.42 |
57 |
54.8 |
|
RM1,001-RM1,500 |
190 |
38.62 |
17 |
16.34 |
|
RM1,501 ke atas |
6 |
1.22 |
- |
- |
|
Tiada maklumat |
- |
- |
8 |
7.69 |
|
JUMLAH |
492 |
100 |
104 |
100 |
MENGENALPASTI KESESUAIAN PROGRAM PEMBASMIAN
KEMISKINAN
Pelaksanaan strategi in-situ dijalankan mengikut kaedah kerja berikut:
1.Menentukan program yang bersesuaian untuk penerima
2.Jabatan teknikal menentukan bidang dan kepakaran penerima setelah
mengadakan perbincangan
3.Melantik jawatankuasa bertindak mengikut daerah untuk menentukan
pelaksanaan projek
4.Melantik seorang pegawai yang khusus di UPEN (Unit Perancang
Ekonomi Negeri) untuk melaksanakan kerja-kerja pelaksanaan dan
pemantauan
5.Melantik Jawatankuasa Pemantauan Membasmi kemiskinan di peringkat
negeri dan jawatankuasa berkenaan akan mengemukakan laporan kepada
Jawatankuasa Tetap.
PROGRAM-PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN KERAJAAN
NEGERI SELANGOR (2001-2005)
Program-program membasmi kemiskinan yang sedia ada di Negeri Selangor
termasuk:
1. Program Kerajaan Prihatin
Memberi keutamaan kepada rakyat termiskin yang berpendapatan RM260 dan
menyediakan bantuan membaik pulih semula rumah maksimum RM7,000 serta
pelbagai bantuan kebajikan seperti
Bantuan untuk Orang Kurang Upaya
Bantuan untuk Warga Tua
Bantuan bencana alam
Fasa Pelaksanaan
1. Sebanyak 1,741 keluarga menerima bantuan rumah (2001- Dis 2003)
2. Fasa 1 (Jan-Ogos 2002) 264 daripada 628 buah rumah menerima bantuan
baik pulih
3. Fasa 2 (Sept-Dis) 164 buah rumah menerima bantuan, iaitu 146 buah
menerima bantuan dan selebihnya adalah bantuan baik pulih.
2. Dana Nelayan
Dana Nelayan (bantuan jaring, enjin dan bot bernilai maksimum
RM5,000 seorang)
Perumahan Nelayan (membina 41 buah rumah nelayan termiskin yang
berpendapatan RM260 sebulan)
Jeti Nelayan (membina semula 66 buah jeti kecil yang uzur)
3. Program Pertanian (Contract Farming)
Membantu petani mendapatkan harga pasaran yang lebih terjamin
Melantik dana belian RM500,000
PKPS Agro Industri bertanggungjawab membeli hasil pertanian seperti
hasil makanan, buah-buahan dan perikanan.
Statistik petani di Selangor
Sehingga Dis 2003 seramai 40,745 orang petani mendaftar di Lembaga
Pertubuhan Peladang
31,225 adalah lelaki dan 9,520 adalah perempuan
Pesawah padi seramai 10,500 orang
30,245 orang adalah terlibat dengan sektor pertanian lain-lain.
4. Dana Usahawan
Memperuntukkan dana sebanyak minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000
Jumlah penerima dana seramai 602 orang (1998-2003)
Peruntukan dana adalah sebanyak RM4.4 juta (1998-2003)
Dana untuk sektor makanan adalah tertinggi RM2.68 juta.
5. Program Ibu Tunggal
Seramai 7,540 orang ibu tunggal telah didaftarkan
Lebih kurang 350 buah keluarga ibu tunggal telah menerima faedah
pembinaan rumah
Seramai 129 orang ibu tunggal menerima bantuan gerai dan gerai
terbuka.
6. Skim Pinjaman ASB/ASW 2020
Membantu rakyat Selangor yang berpendapatan rendah
Tabung pusingan ASB RM30 juta
Tabung pusingan ASW RM 10 juta
Tempoh pinjaman 10 tahun
Sehingga Mei 2003 seramai 38,221 peminjam ASB dan 5,449 peminjam ASW.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MENGIKUT DAERAH
| |
|
DAERAH |
| |
Agensi
pelaksana |
Sabak
Bernam |
Kuala
Selangor |
Hulu
Selangor |
Petaling |
Gombak |
Hulu Langat |
Sepang |
Kuala Langat |
Klang |
Jumlah |
|
1. |
JabatanKebajikan
Negeri Selangor |
907 |
289 |
443 |
307 |
313 |
61 |
223 |
272 |
198 |
3,013 |
|
2. |
Pusat Zakat Selangor |
1,805 |
1,324 |
1,024 |
100 |
492 |
1,445 |
200 |
894 |
977 |
8,261 |
|
3. |
Pejabat Pembangunan
Negeri |
422 |
456 |
134 |
3 |
70 |
434 |
50 |
59 |
17 |
1,645 |
|
4. |
Amanah Ikhtiar
Malaysia |
1,060 |
530 |
40 |
70 |
- |
- |
30 |
224 |
66 |
2,020 |
|
5. |
Yayasan Basmi
Kemiskinan |
3,611 |
154 |
458 |
1 |
40 |
76 |
38 |
151 |
76 |
4,605 |
| |
Jumlah |
7,805 |
2,753 |
2,099 |
481 |
915 |
2,016 |
541 |
1,600 |
1,334 |
19,544 |
PENGAGIHAN MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
|
Pihak Berkuasa Tempatan |
Bil Keluarga Miskin |
|
Majlis Perbandaran
Petaling Jaya |
4,293 |
|
Majlis Perbandaran
Shah Alam |
168 |
|
Majlis Perbandaran
Subang Jaya |
292 |
|
Majlis Perbandaran
Klang |
1,004 |
|
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya |
211 |
|
Majlis Perbandaran
Kajang |
290 |
|
Majlis Perbandaran
Sepang |
25 |
|
Majlis Perbandaran
Hulu Selangor |
45 |
|
Majlis Perbandaran
Hulu Langat |
174 |
|
JUMLAH |
6,502 |
CADANGAN PROJEK DAN BANTUAN
Daripada gambaran kemiskinan di Daerah Gombak dan Petaling, Kerajaan
Negeri mencadangkan program-program pembangunan insan dan
projek-projek berdaya maju bagi membantu golongan miskin di Negeri
Selangor termasuk:
1. Program Pembangunan Diri
(a) Penyelesaian Masalah
(b) Pengurusan Masa
(c) Pengurusan Diri
(d) Perancangan Masa Depan Generasi
(e) Kursus Motivasi dan kesedaran Perubahan Sikap Individu
(f) Pendidikan
2. Perumahan / Kemudahan Sokongan
(a) Program pemilikan rumah kos rendah (Program Setinggan Sifar 2005)
(b) Program pemulihan rumah (Program Kerajaan Prihatin)
(c) Pemilikan rumah Council Homes
3. Pembiayaan Kewangan /Projek-projek
(a) Suntikan modal / Bantuan modal
- Dana Nelayan
- Dana Usahawan
- Pertanian/ Contract Farming
- Pembuatan/ Contract Manufacturing
- Program peningkatan pendapatan
(b) Pinjaman Jangka Pendek dan Sederhana
(c) Program Korporat Prihatin
4. Latihan dan Kemahiran Diri/ Individu
(a) Penjagaan kanak-kanak
(b) Tadika / Taska
(c) Kraftangan
(d) Kursus jahitan
(e) Terapi (urut)
(f) Kedai makan
(g) Kek dan hiasan
(h) Konsep SOHO (Small Office Home Office) bagi yang berkemahiran
5. Keusahawanan dan Pertanian
(a) Kursus dan latihan keusahawanan
(b) Penghasilan produk berasaskan soya, kuih tradisional, ikan, tepung
dan lain-lain
(c) Semaian pokok
(d) Makanan ringan dan minuman
(e) Kedai runcit
(f) Pengedar produk kesihatan/ herba tradisional
(g) Kedai jahit
KESIMPULAN
Kemiskinan pada dasarnya adalah sesuatu yang subjektif dan sukar
ditakrif secara menyeluruh, apatah lagi dengan sifat kemiskinan itu
sendiri yang tidak statik. Oleh kerana itu takrifan dan ukuran
kemiskinan akan sentiasa dikaji dan disemak mengikut peralihan zaman.
Usaha menangani kemiskinan memerlukan pendekatan mantap dan secara
praktikal bagi menghalusi dan mengatasi isu ini di peringkat akar umbi.
Pelan yang tersusun dan melibatkan kerjasama, perkongsian maklumat
serta input daripada agensi dan pelbagai pihak akan memungkinkan
Kerajaan Negeri mencapai kejayaan dalam mewujudkan warga yang
berpendapatan di atas garis kemiskinan.
|
|