Sepintas Lalu Bajet Negeri Selangor 2008


Unjuran:

• Kerajaan Negeri Selangor menganggarkan pertumbuhan ekonomi tahun 2008 berkembang pada kadar 6.6% berbanding 6.3% pada 2007


• Nilai ditambah KDNK negeri pada harga asas tahun 2000 dianggarkan meningkat kepada RM 112.6 bilion pada tahun 2008 berbanding hanya RM 105.6 bilion pada 2007.


Sektor penyumbang kepada ekonomi Selangor

Sektor Perindustrian


- Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan sumbangan sektor perindustrian akan melebihi 58% kepada KDNK negeri bagi tahun 2008.

- Nilai sektor perindustrian ini dijangka meningkat kepada RM 69.1 bilion pada tahun 2008 berbanding RM 65.1 bilion pada tahun 2007.

- Sasaran pelaburan melebihi RM 35 bilion dalam tempoh RMK-9.


Sektor Perkhidmatan

- Negeri Selangor dijangka mencatatkan peningkatan nilai ditambah sektor perkhidmatan kepada RM 45.3 bilion pada tahun 2008 berbanding RM 42.6 bilion pada 2007.


Sektor Pertanian

- Perolehan dari sektor ini dijangka meningkat kepada RM 2.4 bilion berbanding RM 2.3 bilion pada 2007.


Kependudukan

- Jumlah penduduk negeri Selangor pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak 5.07 juta orang berbanding 4.96 juta orang pada tahun sebelumnya.


TUMPUAN BAJET 2008 BAGI NEGERI SELANGOR

 

Pertama: 

Mempertingkatkan hasil pendapatan

Kedua:

Memperkasakan perkhidmatan awam

Ketiga:

Memperkukuhkan ekonomi makro

I.      Sektor Perindustrian;
II.      Sektor Perkhidmatan;dan
III.      Sektor Pertanian

Keempat: 

Pembangunan ICT

Kelima: 

Meningkatkan kualiti hidup

Keenam: 

Menggalakkan pembangunan usahawan

 


Strategi pertama: Mempertingkatakan hasil pendapatan


1) kutipan cukai
- menetapkan sasaran kutipan cukai semasa adalah 90% daripada jumlah yang perlu dikutip dan kutipan cukai tunggakan sebanyak 70%.

- Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri dijangka memperoleh pendapatan sebanyak RM 1.340 bilion yang merupakan peningkatan sebanyak RM 190,000,000 berbanding tahun lalu melalui;

a) hasil hutan
b) sumbangan syarikat-syarikat anak negeri

 

i)

PKNS  

:

RM 6 juta  

ii)

PNSB 

:

RM 3 juta

iii)

KDEB 

:

RM 2 juta  

iv)

PKPS 

:

RM 2 juta

 


c) Hasil daripada pemberian geran jalan raya
- dijangka akan meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 sebanyak 320% berbanding jumlah yang diterima pada tahun-tahun sebelum ini
- Dengan pertambahan sepanjang 3,500 km jalan raya Selangor yang didaftarkan pada tahun ini, adalah dijangka pertambahan sebanyak RM 160 juta akan diterima pada tahun 2008

d) Bantuan Bagi Projek-projek Persekutuan
- Pemberian 5% bagi membantu projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri juga dijangka akan menambah Hasil Negeri 2008. Pemberian yang lazimnya hanya berjumlah RM 3 juta dijangka akan meningkat kepada RM 10 juta pada tahun hadapan.


2) perbelanjaan berhemah
- surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan tetap dilaksanakan tetapi dengan kos yang minimum.


Strategi Kedua: Memperkasakan Perkhidmatan Awam
- memperkenalkan dasar 5E iaitu berilmu (educated), cekap (efficient), berkesan (effective), bersedia sepenuhnya di dalam pelaksanaan dan penggunaan medium kerajaan elektronik (e-government) dan komited terhadap usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar (environment).
- pelaksanaan inisiatif ‘common sense policy’, ‘practicality’ dan ‘prioritization’ yang memberi ruang keanjalan atau ‘flexibility’ bertindak kepada para pegawai dan kakitangan bagi mencapai matlamat dasar 5E.
- memperkenalkan dasar dua minggu atau ‘two weeks policy’
- pelaksanaan Balanced Score Card atau Kad Indeks Prestasi yang akan menjadi pengukur prestasi secara komprehensif


Strategi Ketiga : Memperkukuhkan Ekonomi Makro

a) Sektor Perindustrian;
Mempergiatkan pembangunan
- Wilayah Lembah Klang dua
- Taman Sains Selangor 2
- Projek Tebatan Banjir dan Pembangunan Canal City
- Pembangunan Sepang Gold Coast
- Projek Sungai Langat 2
- Penswastaan

ii) Sektor Perkhidmatan
- sektor perlancongan
2007, sasaran adalah untuk mencapai seramai 5 juta pelancong ke Negeri Selangor dan sehingga Julai 2007 telah menerima seramai 2.9 juta pelancong

iii) Sektor Pertanian
- Kaedah meningkatkan hasil pertanian (yield) seperti padi, kelapa dan ubi;
- Mengeksploitasi dan mencari kaedah baru meningkatkan hasil pendapatan petani (tapping new resources) seperti mengusahakan atau memproses kulit ubi kayu sebagai makanan lembu; dan


- Kaedah untuk menambah nilai produk pengeluaran (branding), pembungkusan (packaging) dan kualiti serta isi kandungan (content) di samping promosi industri berkaitan.
- Malaysia International Halal Park (MIHAP)
- Pembakaran Sifar Jerami Padi Akhir Tahun 2008
- Program Pengurusan Berpusat dan Penyatuan Tanah Sawah.
- Fruits Salad (PKPS)


Strategi Keempat : Pembangunan ICT
- Klang Valley Broadband Push
- Selangor*Net Broadband
Rancangan ini mensasarkan untuk menghubungkan kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan dan 9 Pejabat Tanah Daerah.
- Pelaksanaan Kerajaan Elektronik


Strategi Kelima : Meningkatkan Kualiti Hidup
- Meminimumkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar melalui program;
a) Program Blue Print (Pelan Induk) Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
b) Program Kerajaan Prihatin
c) Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
d) Skim Pinjaman Amanah Saham Bumiputera
e) Skim Pinjaman ASW 2020
f) Program Dana Nelayan
g) Dana Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
h) Jawatankuasa Basmi Kemiskinan
i) Program Pembangunan Insan
j) Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet Negeri Selangor
k) Program belia
l) Pembangunan sukan
m) Pelan Tindakan Program Menangani Gejala Sosial
n) Pembangunan wanita
o) Badan bukan kerajaan (NGO)
p) Program perpaduan
q) Stretegi pembangunan luar bandar
r) Pembangunan utiliti


Strategi Keenam : Pembangunan Usahawan

a) Pemilikan Hartanah Oleh Bumiputera


Anggaran Hasil

- Pada tahun 2008, hasil Kerajaan Negeri dianggarkan sebanyak RM 1,340 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 16.5% berbanding anggaran hasil tahun 2007 yang berjumlah RM 1,150 juta. Pendapatan ini terdiri daripada kutipan hasil cukai sebanyak RM 469.322 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM 486.427 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM 384.250 juta
- Selaras dengan dasar bajet berimbang, sebanyak RM 1,340 juta diperuntukkan bagi bajet 2008. Daripada jumlah peruntukan ini, RM 670,000,000 adalah diperuntukkan untuk Belanja Mengurus dan RM 670,000,000 untuk Belanja Pembangunan. Nisbah Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan pada tahun 2008 ialah 50 : 50.


Anggaran Perbelanjaan Mengurus

- RM 670,000,000 diperuntukkan di bawah Perbelanjaan Perbekalan tahun 2008. Peruntukan ini telah meningkat sebanyak RM 70,000,000 ataupun 11.6% berbanding tahun 2007.

- sebanyak RM 247,639,997 diperuntukkan di bawah Perbelanjaan Emolumen. Peruntukan ini telah meningkat sebanyak 16% berbanding tahun lalu berikutan dari kenaikan gaji dan elaun sara hidup kakitangan awam yang telah diluluskan oleh Kerajaan mulai tahun ini.

- Sejumlah RM 422,360,003 pula diperuntukkan di bawah perbelanjaan-perbelanjaan lain iaitu untuk Perkhidmatan dan Bekalan, Pembelian Aset dan Pemberian Kenaan Tetap.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

Sejumlah RM 670,000,000 dicadangkan untuk Perbelanjaan Pembangunan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 664,453,000 adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan RM 5,547,000 untuk Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.

a) Peruntukan RM 179.5 juta untuk Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan untuk pelbagai projek perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, perbandaran, pembangunan industri, pembangunan sosial, pembangunan institusi pentadbiran, perikanan, mergastua, pembangunan taman, pertumbuhan desa, pembangunan usahawan, pembangunan insan dan kajian-kajian.

b) Peruntukan RM 71 juta untuk Perbendaharaan Negeri iaitu RM 70 juta bagi pelbagai Projek Am dan RM 1 juta untuk menaik taraf sistem komputer Perbendaharaan Negeri.

c) Peruntukan RM 14 juta untuk Jabatan Pertanian. Peruntukan ini disediakan untuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan taman agroteknologi, taman makanan, taman industri, industri bunga, industri tanaman hiasan, industri asas tani dan agro pelancongan.

d) Peruntukan RM 5. 55 juta untuk Jabatan Hutan bagi projek pembangunan hutan.

e) Peruntukan RM 192.87 juta untuk Jabatan Kerja Raya. Peruntukan ini adalah untuk perbelanjaan projek-projek pembinaan dan menaik taraf jalan dan jambatan.

f) Peruntukan RM 50 juta bagi Jabatan Pengairan dan Saliran. Peruntukan ini adalah untuk projek-projek pengairan yang meliputi rancangan mencegah banjir, menaik taraf sistem saliran perumahan dan perindustrian, pembangunan kawasan pertanian dan pelbagai projek pengairan.

g) Peruntukan RM 88 juta untuk Jabatan Agama Islam. Peruntukan ini disediakan bagi projek-projek membina dan menaik taraf sekolah-sekolah rendah agama, pejabat-pejabat agama dan juga masjid. Peruntukan ini juga melibatkan kerja- kerja penyelenggaraan kecil.

h) Peruntukan RM 1.5 juta untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi menjalankan kajian-kajian pembangunan.

i) Peruntukan RM 5.8 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi menjalankan projek dan program kawalan penyakit, ternakan ayam, ternakan rusa, transformasi industri lembu tenusu, pembangunan taman agrotek dan pengeluaran makanan, transformasi industri lembu pedaging dan kambing/bebiri serta pembangunan industri fidlot.

j) Peruntukan RM 740,000 untuk Mahkamah Syariah bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih institusi Mahkamah Syariah.

k) Sebanyak RM 61 juta untuk Peruntukan Luar Jangka.