| |
SAMBUTAN
HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007
JUSTIFIKASI LOGO
Logo 3 dimensi ini menggambarkan
kerjasama yang erat di antara
kerajaan, pengguna dan peniaga dalam
membawa negara ke arah kesejahteraan
dan bertaraf maju.
Elemen yang paling jelas dan nyata
pada logo ini ialah kon biru dan
sfera di atasnya membentuk huruf ‘I’
sebagai representasi kepentingan
ilmu dan informasi dalam
memperkasakan pengguna sejajar
dengan tema Hari Pengguna Malaysia
2007 iaitu “Pengguna Perkasa, Negara
Sejahtera” .
Kon membawa makna berpendirian,
bermaruah, berintegriti, berilmu dan
dihormati.
Bentuk sfera bermaksud kukuh dan
berdinamik
Warna biru dipilih kerana ia
melambangkan keteguhan dan dedikasi
serta merupakan warna korporat
Kementerian
Gelung bewarna merah dan jingga
melambangkan pengguna dan peniaga
yang berdiri kukuh di belakang
kementerian memberi sokongan dan
kerjasama dalam memastikan ekonomi
negara terus makmur dan sejahtera.
Kementerian akan terus menunaikan
tanggungjawabnya dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan serta maklumat,
pendidikan dan kesedaran mengenai
kepenggunaan kepada rakyat malaysia.
Akses kepada ilmu kepenggunaan akan
sentiasa diperluaskan dan
dipermudahkan agar boleh dikongsi
dengan segenap lapisan masyarakat di
negara ini tanpa mengira status
sosial, gender, bangsa atau agama
demi memperkasakan pengguna di
negara ini.
BAHAGIAN HAL EHWAL PENGGUNA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
|
|