|
Senaman Boleh Jauhkan Diabetis Dari Anda
November 20, 2009 13:27 PM
Oleh Ummi Nadiah Rosli
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bagi K.S Maniam, 67, seorang penghidap diabetis (kencing manis) selama 15 tahun, senaman, walaupun hanya selama 15 minit setiap hari, sudah cukup membantu mengawal penyakit itu.
"Diabetis wujud dalam keluarga saya," menurut Maniam yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Diabetis Malaysia (PDM).
"Adik lelaki saya meninggal dunia ketika umurnya 34 tahun kerana komplikasi diabetis dan seorang lagi terpaksa dipotong kakinya pada usia 50 tahun kerana masalah yang sama.
"Bagi saya, diet yang tidak sihat serta kurangnya senaman telah memburukkan keadaan kesihatan mereka. Saya tidak mahu menerima nasib yang sama."
Apa yang disuarakan Maniam memang benar kerana pada umumnya masih ramai yang mempunyai sikap 'tidak kisah' terhadap penyakit ini serta tidak kurang juga mereka yang enggan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini.
|