Carian :

  

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA
 

Sempena Hari Pengguna Malaysia 2005 yang akan diadakan pada 26 Julai 2005, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan menganjurkan PAMERAN KEPENGGUNAAN DAN EKSPO JUALAN 2005 yang akan diadakan pada 26 – 31 Julai 2005 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Ekspo ini yang berbentuk pameran, jualan dan informasi akan menampilkan:

INFORMATIF

Agensi Kerajaan
Institut Kerajaan
Pembekal Perkhidmatan
Pertubuhan Bukan Kerajaan

JUALAN

Barangan Pengguna
Syarikat-syarikat Minyak
Pemenang Anugerah “Kedai Harga Patut”
Barangan Berjenama
Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Syarikat Jualan Langsung
 


ACARA-ACARA SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2005

 

Majlis Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2005

• Tarikh 26 Julai 2005 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
• Perasmian oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia

------------------------------------------------------------------------------------------------------- Anugerah-anugerah sempena sambutan Hari Pengguna Malaysia 2005

• Sejak sambutan Hari Pengguna Malaysia diperkenalkan, beberapa kategori anugerah telah diadakan khas untuk memberi pengiktirafan kepada individu/ organisasi / kelab sekolah yang cemerlang dalam sumbangannya kepada isu konsumerisme dalam Negara.
• Kategori untuk tahun 2005
     Anugerah Tokoh Pengguna 2005
     Anugerah Organisasi Pengguna Terbaik 2005
     Anugerah Media Pengguna Terbaik 2005
     Anugerah Syarikat Mesra Pengguna 2005
• Kementerian bercadang untuk memperkenalkan satu kategori baru iaitu anugerah Syarikat Mesra Pengguna 2005 sebagai tanda pengiktirafan kepada syarikat yang mengamalkan perniagaan beretika dan mengutamakan keperluan pengguna/ pelanggan.
• Anugerah baru ini adalah merupakan satu galakan atau insentif supaya syarikat-syarikat meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan mereka demi manfaat pengguna.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pameran Kepenggunaan dan Ekspo Jualan

• Akan diadakan pada 26 Julai – 31 Julai 2005 di Exhibition Hall 1-3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
• Dua segmen utama: Informatif dan Jualan mega
• Segmen informative akan menumpukan kepada usaha mendidik, memberi kesedaran dan pengetahuan dalam pameran maklumat dan informasi terutamanya agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pembekal perkhidmatan dan institusi kewangan
• Jualan mega akan menampilkan syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan pada kadar diskaun yang hebat kepada para pengguna/ pengunjung sebagai tanda meraikan pengguna
• Pelbagai aktiviti juga akan diadakan semasa Expo berjalan seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak, walkaHunt, persembahan artis jemputan, demonstrasi produk baru dan bermacam-macam aktiviti menarik

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Konvensyen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan

• Diadakan dengan kerjasama FOMCA
• Akan diadakan Julai 2005 di Istana Hotel
• Akan membincangkan pelbagai isu kepenggunaan oleh panel-panel yang terkenal dalam bidang kepenggunaan
• Jemputan terdiri dari wakil kerajaan, NGO, ahli-ahli akademik, wakil badan korporat, persatuan peniaga, dewan perniagaan dan lain-lain

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seminar Kepenggunaan Peringkat Asia Tenggara (South East Asia)

• Akan diadakan pada September 2005 dengan kerjasama Consumer International dan dirasmikan oelh Y.A..B Timbalan Perdana Menteri
• Persidangan antarabangsa ini akan membincangkan isu kepenggunaan serantau dan akan dihadiri oleh peserta dari negara luar seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, Cambodia dan negara Timor Leste sebagai pemerhati
• Panel jemputan terdiri daripada wakil daripada setiap negara dan akan menjemput wakil dari EU, APEC dan ahli akademik terkenal
• hasil perbincangan akan diserahkan kepada ASEAN Secretariat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Larian Pengguna

• Akan diadakan pada bulan Ogos/ September di Kuala Lumpur
• Bertujuan untuk membentuk masyarakat pengguna yang mengamalkan gaya hidup yang sihat
• Akan disertai oleh semua lapisan masyarakat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam Media Massa

• Akan diadakan pada 5 Ogos 2005 bertempat di Hotel Mandarin Oriental
• Malam aprisiasi kepada pihak media sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kementerian

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Forum Perdana Ehwal Islam

• Dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jakim dan RTM
• Akan membincangkan isu-isu kepenggunaan yang menyentuh pengguna Islam di negara ini
• Panel terdiri daripada tokoh agama terkenal negara dan mereka yang arif dalam bidang kepenggunaan
 

Urusetia Hari Pengguna Malaysia 2005
Bahagian Hal Ehwal Pengguna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna
Aras 4, Lot2G3, Precint 2,
Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan
62623 W.P Putrajaya
Tel: 03-8882 5874
03-8882 5970
Faks: 03-8882 5983

 

 


 

      Hak Cipta Terpelihara © BERNAMA 2005.
Sesuai dlm perisian Internet Explorer 4.0 & ke atas dgn resolusi 800 x 600 piksel