|

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditubuhkan pada
Oktober 1990 dengan matlamat untuk
menggalakkan pembangunan perdagangan dalam
negeri yang beretika di samping melindungi
kepentingan pengguna.
Bidang tanggungjawab KPDNHEP termasuk
pengawalseliaan perdagangan dalam negeri,
perlindungan hak-hak pengguna, perlindungan
harta intelek, dan pendaftaran serta
penyeliaan perniagaan.
Dalam menjalankan tanggungjawab ini, KPDNHEP
menggubal dan mengkaji dasar berkaitan
perdagangan dalam negeri, memantau harga
barang-barang perlu dan menjalankan aktiviti
penguatkuasaan bagi mewujudkan suasana
perdagangan dalam negeri yang sihat.
KPDNHEP juga bertanggungjawab menyelaras
dasar; pelesenan, peraturan dan
aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan
industri petroleum, petrokimia dan gas. |