Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Pelancongan Umrah Sumber Pendapatan Teras Syarikat Pelancongan Bumiputera

Daripada Ahmad Kamil Mohamad Tahir



MEKAH, 6 Nov (Bernama) -- Banyak syarikat pelancongan bumiputera yang mengendalikan pakej haji kini menjadikan pakej umrah serta pelancongan umrah sebagai perniagaan teras dalam usaha menjana pendapatan mereka sepanjang tahun, menurut beberapa pengendali syarikat berkenaan yang ditemui di sini.

Menurut mereka walaupun penggendalian pakej haji menjadi sebahagian daripada pendapatan, namun ibadah haji cuma setahun sekali dan ia masih belum cukup bagi menampung kos yang semakin meningkat di tanah suci, terutamanya dari segi sewa bangunan.

Dengan menggiatkan lagi pakej umrah, ia mampu menjana pendapatan mereka secara berterusan, dan ia dapat digunakan untuk menyambung kontrak bangunan yang disewa bagi menempatkan jemaah haji apabila tiba musim haji.

Bagi TH Travel Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Tabung Haji, langkah sedang diambil bagi meningkat pakej umrah ke tanah suci.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mejar (B) Mohd Ramli Othman berkata pakej umrah kini dijadikan teras utama bagi menjana pendapatan syarikat di samping pakej haji, pelancongan biasa serta perkhidmatan katering.

Beliau berkata dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini pihak syarikat mengendalikan 9,800 orang jemah umrah berbanding 6,800 orang pada tahun lepas dan jumlah itu dijangka mencecah 15,000 orang tahun depan.

Mohd Ramli berkata penambahan jumlah jemaah umrah itu adalah ekoran promosi agresif di samping mutu perkhidmatan yang ditawarkan yang meyakinkan ramai orang untuk memilih TH Travel sebagai agensi mengendalikan ibadah umrah mereka.

Mengenai pakej haji, katanya tahun ini pihak syarikat menawarkan lapan pakej berharga antara RM16,000 hingga RM120,000 bergantung kepada perkhidmatan serta jarak sesebuah hotel dari Masjidil Haram.

Katanya tahun ini pihak syarikat mengendalikan 4,300 jemaah haji berbanding 2,300 pada tahun lepas dan ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih bagi mendapatkan keselesaan ketika mengerjakan ibadah haji.

Bagi Andalusia Travel and Tours pula, kerjasama yang diwujudkan dengan syarikat penerbangan Arab Saudi dalam menjayakan program pelancongan umrah yang dijalankan di luar musim umrah antara bulan Disember hingga Mac setiap tahun, dapat membantu syarikat meneruskan kontrak sewaan hotel pada setiap tahun.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Md Daud Che Ngah mengakui bahawa tanpa pekej Umrah agak sukar bagi syarikat itu mengekalkan sewaan bangunan hotel yang terletak 250 meter dari Masjidil Haram pada kadar sewaan mencecah 6.8 juta Saudi Riyal setahun.

Mengenai pakej haji pula, beliau berkata pihaknya menawarkan pakej kos sederhana iaitu antara RM15,000 dan RM18,000 yang memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana termasuk yang tinggal di luar bandar menunaikan haji secara pakej.

Md Daud berkata tahun ini pihak syarikat mengendalikan 853 orang jemaah haji berbanding 460 orang pada tahun lepas.

Beliau yang juga bekas Pengurus Besar Tabung Haji berkata dalam mengendalikan jemah haji pihaknya menekankan soal pendidikan agama menerusi ceramah sambil bersarapan pagi disamping menubuhkan pasukan sukarela dari kalangan jemaah sendiri bagi membantu mereka yang berusia serta yang menghadapi masalah.



-- BERNAMA

 <Back>

Bank Islam Bags Three Awards At International Banker's Annual Awards Event
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Raise Lending Rates

 
Malaysian Banks Issue RM3.25 Billion Ringgit-denominated Sukuk

 

Takaful Ikhlas Allocates RM45,000 For Social Programmes In Conjunction With Aidilfitri
Etiqa Takaful's Mabrur Named Product Of The Year

 
MCIS Zurich Insurance Now Known As MCIS Insurance Bhd

CLOSING, THURSDAY, JULY 24
US 3.1735/1755
S'pore 2.5630/5656
100 Yen 3.1248/1276
Sterling 5.3997/4041
Euro 4.2785/2825
Source: Bank Negara Malaysia


Warning: mysql_connect() [function.mysql-connect]: Can't connect to MySQL server on '192.168.1.45' (64) in /www/htdocs/finance/poll/common.php on line 208
Unable to connect to the database!