BERNAMA.com - HSS Engineering di tahap akhir beli SMHB
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BUSINESS NEWS


 
 

HSS Engineering di tahap akhir beli SMHB

Last update: 14/03/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Perunding kejuruteraan dan pengurusan projek, HSS Engineers Bhd (HSS), akan memasuki tahap akhir pembelian SMHB Engineering (SMHB) berikutan kejayaan terbitan hak boleh lepasnya satu bagi 10 bernilai RM41.5 juta.

Menurut HSS, terbitan hak itu membabitkan terbitan 31.9 juta saham baharu pada harga terbitan RM1.30 bagi setiap hak yang mengumpulkan RM41.5 juta dan akan digunakan bagi membiayai sebahagian RM270.0 juta harga pembelian SMHB, perunding kejuruteraan sektor air dan pengurusan projek.

"Terbitan hak itu menerima permintaan bagi 55.9 juta hak bernilai RM72.6 juta, merupakan lebihan langganan sebanyak 75.1 peratus," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Tan Sri Kuna Sittampalam, berkata pembelian itu berada pada landasan tepat bagi penyepaduan pada suku pertama 2018.

"Ini membolehkan kami meneroka peluang baharu dalam sektor air dan meletakkan kami di kedudukan baik untuk mengambil kesempatan daripada pertumbuhan pesat infrastruktur pada masa akan datang yang dijangkakan bagi industri ini," katanya.....

 
 
 

       Previous Top Story