SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Berita SUKAN


Pemain tarik diri, e-Sukan kaji balik sasaran Sukan SEA

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt – Skuad sukan elektronik (e-Sukan) negara bakal menyemak semula sasaran pingat dua emas, sebutir perak dan tiga gangsa untuk Sukan SEA 2019 di Filipina pada bulan depan.

Ia berikutan beberapa pemain utama berstatus ‘superstar’ yang tarik diri daripada permainan Dota 2 kerana tarikh Sukan SEA yang dijadualkan bermula 5 hingga 10 Dis ini bertindih dengan siri kelayakan Kejohanan Major.

Pengurus pasukan, Firdaus Hashim, berkata, negara-negara lain juga dijangka menghantar pasukan semi-pro apabila pemain utama mereka menyertai kelayakan peringkat antarabangsa itu di China dan Eropah.

“Mungkin akan ada perubahan kecil selepas kami bincang kembali dengan jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) pada bulan depan. Persiapan kita berjalan dengan baik dan kami telah memulakan latihan pusat sejak September lalu,” katanya pada sidang media Team Malaysia di MSN di sini, hari ini.

Malaysia akan menyertai enam permainan, iaitu Arena of Valor, Starcraft II, Dota 2, Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang dan Hearthstone apabila e-Sukan membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan itu.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu