DBKK adakan perbincangan lanjut berhubung lukisan mural [ 2m ago ]

Berita SUKAN


Kedah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah KPM-YBR

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt – SK Bandar Puteri Jaya dari Kedah muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1 Murid 1 Sukan (7S1M1S) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Bank Rakyat (YBR) peringkat kebangsaan 2019 yang berlangsung pada 4 sehingga 8 Oktober 2019.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500 berserta sijil dan medal.

Sebanyak 16 sekolah telah beraksi manakala 4 pasukan terpilih bagi menentukan tempat ke perlawanan akhir.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah itu turut dihadiri Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas.

Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin berkata penganjuran kejohanan tersebut secara tidak langsung dapat memastikan generasi muda sentiasa terlibat dalam program berbentuk sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.

"Dalam masa sama kita dapat mencungkil bakat baharu yang mempunyai kebolehan bermain bola sepak memandangkan terdapat kejohanan di peringkat antarabangsa negeri dan daerah yang boleh disertai," tambahnya.

Tempat kedua dimenangi SK Teruntum dari Pahang dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, sijil dan medal, diikuti SK Kuala Perlis dari Perlis di tempat ketiga dan SK Selangor dari Selangor di tempat keempat.

Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf pendidikan sukan dalam menerapkan pembentukan individu pemain yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam membina kendiri.serta sebagai pelengkap murid-murid tersebut di dalam mengecapi impian.



-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu