Man seriously hurt after pet macaque bit him [ 4h ago ]

Berita SUKAN


Seramai 33 peserta pamerkan keunggulan pada Kejohanan Terbuka Dunia IWWF 2019

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
Sumber gambar: https://www.westernstarnews.com.au/news
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Seramai 33 peserta telah menyempurnakan kempen pembukaan pada pusingan awal Kejohanan Terbuka Ski Air Dunia IWWF 2019 yang diadakan di Tasik Putrajaya hari ini.

Juara junior dunia dari Australia, Sade Ferguson mempamerkan prestasi yang memberangsangkan pada acara Lompat apabila beliau mencatatkan 46.5 meter (m) dalam acara lompat wanita, memberi beliau peluang tipis untuk layak ke pusingan seterusnya.

Ferguson, 16, yang mula bermain ski pada umur tujuh tahun, mendahului papan senarai disusuli Stanislava Prosvetona dari Ukraine untuk tempat kedua dengan jarak 42.1m manakala peserta Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah (37.2m) dan Harue Kamya dari Jepun (34.9m).

Dalam acara slalom wanita, María Delfina Cuglievan Wiese dari Peru berjaya dengan kutipan tertinggi dalam siri keempat pusingan awal selepas berjaya melepasi dua buoy pada kelajuan 55km/h dengan 11.25m panjang tali.

Di belakang Maria ialah Toni Atkinson dari New Zealand yang melepasi tiga buoy pada kelajuan 55 km/h dengan panjang tali 12m; Eleanor Benjamin dari Great Britain yang melepasi lima buoy pada kelajuan 55 km/h dengan panjang tali 13m; dan Weeraya Rosendahl dari Thailand yang melepasi tiga dan separuh buoy pada kelajuan 55 km/h dengan 14.25m panjang tali.

Sementara itu, dalam siri keempat acara tricks pusingan awal, Rafael Juandiego De Osma Bedoya dari Peru menduduki tempat pertama selepas memungut 6,950 mata, meninggalkan di belakang pemain ski air dari Itali, Luca Spinelli dengan 6,140 mata dan Marek Mlynek dari Slovakia dengan 5,880 mata.

Pusingan awal kejohanan itu bermula hari ini sehingga 16 Ogos, disusuli akhir pada 17 dan 18 Ogos.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu