malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


P.Pinang senarai pendek atlet Wushu Sukma akhir Julai

Tarikh kemaskini: 09/07/2018
 
GEORGE TOWN, 9 Julai (Bernama) -- Persekutuan Persatuan-Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Pulau Pinang dijangka memuktamadkan senarai akhir atlet mereka untuk bersaing pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 pada akhir bulan ini.

Timbalan presidennya, Ong Beng Soon berkata kesemua atlet wushu Pulau Pinang kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi temasya sukan berkenaan.

"Kita masih dalam proses dan kita jangka dapat menyenarai pendek enam atlet lelaki dan enam atlet wanita pada penghujung Julai ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan sasaran awal skuad wushu Pulau Pinang pada temasya sukan tersebut.

Edisi ke-19 Sukma akan berlangsung di Perak dari 12 hingga 22 Sept depan, dan sejumlah 427 pingat emas ditawarkan dalam 29 jenis sukan pada temasya itu.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu