malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


Kar Yen buat kemunculan semula raih emas

Tarikh kemaskini: 09/07/2018
 

PETALING JAYA, 9 Julai (Bernama) -- Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-31 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu berada pada prestasi terbaik selepas enam permainan dengan jumlah keseluruhan 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata.

"Saya gembira masih mampu bermain dengan baik kerana saya hanya mula beraksi semula awal tahun ini. Keadaan lorong berminyak hari ini sesuai dengan saya dan ia membantu saya meraih keputusan yang bagus," kata Kar Yen, yang bersara daripada skuad negara pada 2016 untuk menceburi perniagaan dalam talian.

Sementara itu, atlet Sarawak Nirosha Keligit dan pemain Selangor Qistina Zainal, masing-masing melakukan 1,283 dan 1,241 jatuhan pin untuk meraih pingat perak dan gangsa.

Kar Yen, yang kali terakhir mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2014 di Incheon, berharap beliau dapat mencatat keputusan lebih baik pada Kejohanan Kebangsaan.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu