malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


Malaysia tetap bertanding acara regu pada Sukan Asia

Tarikh kemaskini: 09/07/2018
 
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Skuad sepak takraw lelaki negara tetap akan menyertai acara regu pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan, walaupun terdapat kesilapan teknikal sewaktu majlis undian beberapa acara berpasukan di Jakarta, baru-baru ini.

Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata, beliau telah dimaklumkan oleh wakil Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), baru-baru ini yang bersetuju untuk membuat undian semula atau Malaysia akan diletakkan dalam Kumpulan A atau B dalam acara regu.

"Kita masih menunggu keputusan dari INASGOC tapi besar kemungkinan akan berlaku undian semula atau diletakkan dalam Kumpulan A atau B seperti mana yang berlaku pada pasukan Afghanistan yang diletakkan sahaja dalam mana-mana kumpulan acara ragbi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa persatuan sukan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, sebelum ini dilaporkan berang setelah skuad negara diundi dalam acara regu berpasukan dan doubles berpasukan pada Sukan Asia walaupun MOM menyenaraikan nama atlet negara dalam acara regu dan berpasukan.

Dalam pada itu, Ahmad Ismail optimis skuad negara mampu merampas kembali pingat emas dalam acara regu yang dimenangi oleh musuh tradisi, Thailand, sejak beberapa edisi lepas.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu