BERNAMA.com - PJ Rangers Ketuai Kemaraan Lapan Pasukan Ke Pusingan Kedua Piala FA
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


PJ Rangers Ketuai Kemaraan Lapan Pasukan Ke Pusingan Kedua Piala FA

Tarikh kemaskini: 14/02/2018
 
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kelab Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), PJ Rangers mengetuai kemaraan lapan pasukan ke pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA 2018.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini, PJ Rangers menang bergaya 6-1 ke atas kelab liga amatur, MD Jempol FC dari Negeri Sembilan.

Enam gol pasukan tuan rumah dijaringkan Ahmad Azriddin Rosli pada minit ke-12, Nur Shamie Iszuan Amin (minit ke-17 dan ke-49), Muhammad Arif Mohamed Anuar (minit ke-59) dan pemain gantian, Raslam Khan Abd Rashid pada minit ke-80 dan ke-86.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Mohd Hafiza Abd Rahman pada minit ke-22.

Satu lagi kelab Liga FAM, Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF FC) turut meraih kemenangan selesa 6-0 ke atas CNA FC pada aksi di Stadium Inspens, Bangi.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu