BERNAMA.com - TLHT Kekal Kukuh Dahului Liga
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


TLHT Kekal Kukuh Dahului Liga

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) -- Pendahulu Liga Hoki Wanita Malaysia 2018, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) kekal kukuh mendahului persada liga apabila menewaskan pasukan UiTM 4-1 dalam aksi di Stadium Hoki Batu Buruk, di sini hari ini.

TLHT, bagaimanapun terpaksa bergelut pada awal permainan untuk menjaringkan gol, sekali gus memberi peluang kepada UiTM mendahului pada minit ke-33 menerusi jaringan Nurfatin Dizana Mohd Zaidi.

Tersentak dengan jaringan itu, TLHT memperkemaskan gerakan dan kembali menemui rentak permainan apabila menjaringkan gol penyamaan, hasil pukulan sudut penalti Juliani Muhamad Din pada minit ke-52.

Gol kedua TLHT hadir pada minit ke 54 melalui pukulan sudut penalti disempurnakan Siti Noor Amarina Ruhani dan tuan rumah terus menjarakkan kedudukan melalui gol padang Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail, seminit kemudian.

Norfatin Nabila Mohamad melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-59, dan kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu