BERNAMA.com - Guardini Kembali Ke Perlumbaan Berbasikal LTdL 2018
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


Guardini Kembali Ke Perlumbaan Berbasikal LTdL 2018

Tarikh kemaskini: 10/02/2018
 
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dijangka lebih menarik dan mengujakan dengan kembalinya Andrea Guardini daripada pasukan Bardiani-CSF dalam perlumbaan berbasikal yang berprestij di Asia itu, bermula pada 18 Mac ini.

Warga Itali berusia 28 tahun itu adalah pelumba paling cemerlang di dalam sejarah perlumbaan tahunan itu dengan mencatat 22 kemenangan peringkat tetapi beliau tidak bertanding dalam LTdL semasa mewakili pasukan berpangkalan di Abu Dhabi, UAE Team Emirates, tahun lepas.



Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, M.Kumaresan percaya kepulangan pelumba pecut yang beraksi buat kali ketujuh dalam LTdL, akan menghangatkan lagi persaingan dalam perlumbaan edisi tahun ini.

"Bardiani-CSF adalah peserta tetap dalam empat edisi lepas dan adalah bagus untuk menyaksikan pasukan yang mengujakan dan berdaya saing seperti Bardiani kembali dalam jadual perlumbaan.

Kehadiran Guardini adalah satu kelebihan besar, terutamanya reputasi beliau sebagai pelumba pecut yang hebat bukan sahaja dalam LTdL tetapi perlumbaan di Eropah juga,? kata Kumaresan dalam satu kenyataan dikeluarkan LTdL hari ini.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu