BERNAMA.com - Cabaran Malaysia Berakhir Seawal Pusingan Pertama
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA SUKAN


Cabaran Malaysia Berakhir Seawal Pusingan Pertama

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Berrnama) -- Cabaran pemain skuasy negara di dua kejohanan

Terbuka Sweden dan Terbuka India - berakhir seawal pusingan pertama, awal hari ini.

Pada Terbuka Sweden di Linkoping, bekas juara negara sebanyak dua kali, Mohd Nafiizwan Adnan, pemenang pusingan kelayakan, gagal melepasi pusingan pembukaan selepas tewas kepada pemain pilihan ketiga, Paul Coll dari New Zealand dengan 13-11, 9-11, 8-11 dan 4-11.

Sementara pada Terbuka India di Mumbai, dua wakil negara Ng Eain Yow dan Mohd Addeen Idrakie Muhd Bahtiar turut mengalami nasib sama di pusingan pertama.

Eain Yow kalah kepada pemain pilihan kelima, Karim Ali Fathidari Mesir, 5-11, 11-13, 9-11 manakala Mohd Addeen Idrakie, pemenang pusingan kelayakan, tewas kepada pemain pilihan ketiga, Greg Lobban dari Scotland, 11-13, 6-11, 9-11.

-- BERNAMA.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu