malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita SUKAN

 
 

Terengganu enggan terlalu yakin tentang Felda United

MARAN, 22 Sept (Bernama) -- Tiada istilah 'selangkah kaki' ke separuh akhir buat skuad Terengganu walaupun mereka berjaya mengukir kemenangan 2-1 ke atas Felda United pada pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Razak di sini malam tadi.

 

Sukma pupuk budaya sukan di kalangan rakyat Perak - MB

IPOH, 22 Sept (Bernama) – Segala kemudahan yang telah dinaik taraf bersempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan rakyat di Perak, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

 

The fighters tersungkur di laman sendiri

Felda United tersungkur di halaman sendiri apabila tewas 2-1 kepada Terengganu pada pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak di sini, hari ini. 

 

Jordan sekat hajat Korea Utara kutip mata penuh

Korea Utara gagal meraih tiga mata penuh setelah seri 2-2 menentang Jordan pada aksi pembukaan kumpulan B Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam ini.

 

AFC B-16: India, Indonesia raih kemenangan sulung

Indonesia dan India membuka saingan Kumpulan C Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 dengan meraih tiga mata penuh selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

 

Pengarah teknikal QPR bakal hadiri Seminar Bola Sepak Belia

Pengarah Teknikal Liga Kejuaraan England, Queens Park Rangers (QPR), Chris Ramsey adalah antara beberapa nama besar dijadual memberi ceramah pada Seminar Pembangunan Bola Sepak Belia berlangsung empat hari bermula 25 Sept ini, di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor.

 

Malaysia gagal raih kemenangan di Darwin

Malaysia gagal mempertahankan kelebihan satu gol apabila tewas 2-3 kepada pasukan ranking kedua dunia, Argentina pada aksi terakhir pusingan awal Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin di Darwin, Australia, hari ini.