Punca air hitam di Sungai Lukut Kechil bukan disebabkan pencemaran - exco [ 5m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Kesakitan di kepala tidak halang Crismonita menang emas acara pecut

NILAI, 22 Ogos -- Kesakitan di bahagian kepala yang dialami atlet berbasikal Indonesia, Crismonita Dwi Putri tidak menghalang beliau untuk menjuarai acara pecut wanita, di Kejohanan Berbasikal Trek Grand Prix Asia Tenggara 2019 dan Kejohanan Para Trek 1 2019 bertempat di Velodrom Nasional hari ini. 

MAM lantik Alex Yoong sebagai perunding Team Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Bekas pemandu Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong dilantik sebagai perunding pasukan Team Malaysia untuk Sukan Permotoran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) 2019, demikian diumumkan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini.

'Speedy Jantan' tidak pertahankan emas 100m di Sukan SEA Filipina

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Peluang jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) di Sukan SEA Filipina 2019 sudah tertutup selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilih Jonathan Nyepa dan Muhammad Zulfiqar Ismail sebagai pelari utama acara tersebut.

Nicol belum ada rancangan khusus selepas umum persaraan Jun lepas

NILAI, 22 Ogos -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David, 35, berkata beliau belum mempunyai apa-apa perancangan khusus untuk masa depannya, selepas mengumumkan persaraan pada Jun lepas.

KOM pilih Hup Wei ke kejohanan dunia 2019

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Hasrat atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) 2019, bakal tercapai apabila Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilihnya sebagai calon ‘wild card’.

Malaysia sapu tujuh emas hari pertama kejohanan berbasikal trek

NILAI, 22 Ogos (Bernama) -- Prestasi skuad para berbasikal negara berada pada tahap memberangsangkan dengan aksi  cemerlang yang ditampilkan apabila menggondol tujuh emas daripada lapan acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Berbasikal Trek Grand Prix Asia Tenggara 2019  dan Kejohanan Para Trek 1 2019 di Velodrom Nasional hari ini.

Kelantan buka gelanggang pertarungan Muay Thai kepada peninju wanita

KOTA BHARU, 22 Ogos (Bernama) -- Arena sukan Muay Thai Kelantan mencipta sejarah apabila buat julung kalinya membenarkan peninju wanita bertarung dalam kejohanan  anjuran negeri itu.