PTPTN harap Kertas Konsultasi Rakyat diluluskan segera [ 36m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Aksi Harimau Malaya di gelanggang sendiri disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro

KUALA LUMPUR, 4 Sept -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan siaran televisyen berbayar Astro sebagai pemegang hak penyiaran bersama bagi kesemua empat perlawanan skuad kebangsaan di gelanggang sendiri untuk kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia - Cheng Hoe

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

JAKARTA, 4 Sept -- Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha merupakan satu-satunya pemain dalam skuad negara terkini yang pernah merasai detik cemas menaiki kereta perisai sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF menewaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di sini, pada 2010.

Akram ketepi kritikan, fokus aksi berdepan Indonesia

JAKARTA, 3 Sept -- Kritikan demi kritikan tidak langsung mematahkan semangat pemain tengah negara, Muhammad Akram Mahinan menjelang aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Khamis ini.

Purple League Junior perkenalkan divisyen tiga

KUALA LUMPUR, 3 Sept  -- Kejohanan Purple League Junior (PLJ) akan kembali buat kali kelima dengan satu divisyen baru sebagai tambahan kepada dua divisyen yang sedia ada, sebagai platform untuk para pemain muda badminton mengasah bakat mereka.

Tour of Peninsular gegar Malaysia pada Oktober ini

PUTRAJAYA, 3 Sept  -- Malaysia pertama kali diberi pengiktirafan untuk menganjurkan perlumbaan kelas 2.1 melalui jelajah berbasikal Tour of Peninsular (ToP) 2019 yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Okt depan.

Henti spekulasi perkara buruk di Gelora Bung Karno

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong meminta rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak negara menghentikan spekulasi mengenai perkara buruk yang mungkin berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno membabitkan pertembungan Indonesia dan Malaysia pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini.

Adam Norrodin ganti Khairul Idham Pawi pada GP San Marino

KUALA LUMPUR, 3 Sept  -- Pelumba muda negara yang berbakat, Adam Norrodin akan menyertai Petronas Sprinta Racing dalam perlumbaan Moto2 menggantikan Khairul Idham Pawi yang berehat untuk kembali pulih selepas mengalami kecederaan teruk pada tangannya.