Semua agensi keselamatan digesa tingkat kesiapsagaan untuk sidang kemuncak Asean - TPM thailand [ 2h ago ]

Senarai Berita SUKAN

Mat Redho intai emas Sukan SEA 2019

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Atlet sukan ekstrem negara, Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Mat Redho', optimis mampu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas daripada tiga acara yang disertai dalam sukan berhalangan pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, penghujung bulan hadapan.

Syafiq buntu tembus benteng pertahanan Vietnam

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

HANOI, 11 Okt -- Penyerang negara, Muhammad Syafiq Ahmad mengakui menemui jalan buntu dalam usaha menembusi benteng pertahanan Vietnam, yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1 dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, semalam.

Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Vietnam

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

HANOI, 10 Okt -- Impian Malaysia membawa pulang tiga mata penuh dari Hanoi lebur apabila tewas tipis 0-1 kepada Vietnam dalam saingan ketiga kumpulan G pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam ini.

Dua perlawanan ujian di Belanda sebelum jumpa Great Britain

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Skuad hoki lelaki negara akan mengadakan dua perlawanan ujian menentang pasukan kelab di Belanda akhir bulan ini sebelum berdepan dengan Great Britain dalam pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 di London, awal bulan depan.

Malaysia hantar 12 atlet paralimpik ke temasya Sukan INAS 2019

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Malaysia membariskan 12 atlet paralimpik pada penyertaan sulung negara di temasya sukan global Persekutuan Antarabangsa Bagi Atlet Kecacatan Intelektual (INAS) 2019 di Brisbane, Australia, bermula Sabtu ini.

Joshua ikuti latihan di Pisa sebelum Sukan SEA Filipina 2019

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Peserta lawan pedang negara, Joshua Koh I-Jie bergantung kepada sesi latihan selama enam minggu di Pisa, Itali, bagi mempertajamkan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri menjelang temasya Sukan SEA Filipina 2019, bulan depan.

Miller kagum dengan bakat atlet muda

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Jurulatih dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller, yakin dapat membantu mengembalikan semula kegemilangan sukan olahraga negara berdasarkan jumlah atlet berbakat dalam negara yang mampu diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.