malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


 

PRAS didakwa sebabkan masa depan perenang muda suram

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Seorang perenang berusia 15 tahun yang memecahkan rekod kejohanan peringkat umur milik juara Olimpik, Joseph Schooling, dikatakan bakal berdepan masa depan suram dalam sukan itu apabila perlu menunggu satu tahun jika berhasrat mewakili negeri lain berikutan Persatuan Renang Amatur Selangor (PRAS) masih belum mengeluarkan surat pelepasan.

 

Draf kaedah bayar balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada kabinet - Pengerusi PTPTN

KANGAR, 23 Sept (Bernama) – Draf kaedah pembayaran balik pinjaman hasil kajian holistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu para peminjam membayar balik pinjaman mereka akan diserahkan kepada menteri pendidikan dalam tempoh dua minggu untuk diteliti sebelum dibawa ke kabinet , kata Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan.

 

Tiga keluarga mangsa gangguan seksual pengetua tahfiz rancang bertemu pihak berwajib

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Keluarga kepada tiga daripada sembilan pelajar yang menjadi mangsa serangan seksual pengetua pusat tahfiz di Kepong di sini merancang bertemu tiga pihak berwajib bagi  membantu mengatasi kelopongan (kelemahan) dalam institusi tahfiz.

 

MPOB diminta lakukan kajian segera atasi masalah ulat bungkus - Kok

SLIM RIVER, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Industri Utama akan meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melakukan kajian segera bagi mengatasi isu ulat bungkus yang telah menyerang beberapa kawasan tanaman kelapa sawit di negara ini.

 

Polis tunggu ujian darah untuk pengesahan dua maut akibat keracunan alkohol

SEREMBAN, 23 Sept (Bernama) – Polis masih menunggu laporan ujian darah bagi pengesahan sama ada dua kes kematian yang diterima di negeri ini berpunca daripada keracunan alkohol.

 

Pasar Borneo di Semenanjung

SERI KEMBANGAN, 23 Sept (Bernama) -- Anda penggemar makanan dari Sabah dan Sarawak? Jika ya, kini anda tidak perlu lagi menaiki kapal terbang merentasi Laut China Selatan untuk menikmati hidangan kegemaran.

Sebaliknya, pergi sahaja ke Pasar Borneo di Seri Kembangan yang diadakan setiap hari Sabtu, bermula 7 hingga 11 pagi. Puluhan jenis makanan dari Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang pastinya membuat anda terliur. 

 

Darul Qiyyam Mall perlu setanding Padang Besar di Perlis

BUKIT KAYU HITAM, 23 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah meminta Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyegerakan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di kompleks Darul Qiyyam Mall, di sini.