Semua agensi keselamatan digesa tingkat kesiapsagaan untuk sidang kemuncak Asean - TPM thailand [ 2h ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Jho Low bertanggungjawab sedia pelan tindakan 1MDB - saksi

KUALA LUMPUR, 21 Okt  -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyediakan pelan tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta maklumat yang akan disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

VK Liew akan buat laporan polis berhubung dakwaan LDP

SANDAKAN, 21 Okt  -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong akan membuat laporan polis berhubung dakwaan oleh pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) yang mendakwa beliau mengeluarkan RM1.01 juta daripada parti itu semasa beliau menjadi presiden parti berkenaan.

Jabatan Perhutanan Perak beri kerjasama siasatan kes rasuah orang asli

KUALA KANGSAR, 21 Okt  -- Jabatan Perhutanan Perak akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Orang Asli di Kampung Lawai, Sungai Siput menerima wang 'sagu hati' daripada syarikat pembalakan.

Kerajaan dalam proses penilaian berkaitan undang-undang cubaan bunuh diri

SERENDAH, 21 Okt  -- Kerajaan sedang dalam proses penilaian dan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mengkaji keperluan meminda undang-undang berhubung cubaan bunuh diri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Deepavali: Harga barangan keperluan di Melaka masih terkawal

MELAKA, 21 Okt --  Harga barangan keperluan terutama barang basah di sekitar Melaka menjelang perayaan Deepavali dilihat masih terkawal tanpa sebarang kenaikan harga dikesan, membolehkan pengguna membeli keperluan tanpa bebanan.

Isu RM90 juta: Nasharudin bakal didakwa esok - SPRM

KUALA LUMPUR, 21 Okt  -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan akan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Bahagian bumbung dan siling empat bilik asrama pelajar terbakar

MUKAH, 21 Okt -- Bahagian bumbung dan siling empat bilik asrama lelaki yang terletak di tingkat atas bangunan asrama dua tingkat SMK Mukah musnah dalam satu kebakaran petang ini.