Peruntukan RM111.47 juta untuk kemajuan sukan, pembangunan belia di Sabah [ 10m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Hanya sehelai jersi Perak dicetak bendera terbalik

IPOH, 27 Nov  -- Jersi pemain bola keranjang dengan bendera negeri Perak dicetak terbalik berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan pembekal.

Food Bank Siswa manfaat lebih 6,000 pelajar

KUALA LUMPUR, 27 Nov  -- Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan di 21 universiti awam kini  memberi manfaat kepada 6,870 pelajar, sejak ia dilancarkan 15 Feb lepas.

Warga emas rugi RM26,500 diperdaya dalam pembelian tanah

KUANTAN, 27 Nov  -- Seorang warga emas mendakwa kerugian RM26,500 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian tanah di Kampung Sepat di sini, sejak Julai lepas.

MACCOPS Perkasa Koperasi Di Persada Antarabangsa

Oleh Sakini Mohd Said

PETALING JAYA (Bernama) -- Gerakan koperasi Malaysia yang mula bertapak di negara ini pada 1922 kian menunjukkan perkembangan pesat dengan mencatatkan pelbagai anjakan pradigma yang sangat membanggakan bukan sahaja kepada ahlinya bahkan turut berperanan penting dalam ekonomi negara. 

Pada peringkat awal, tumpuan institusi ini lebih menjurus kepada perniagaan tradisional, meliputi pertanian dan juga perladangan. Matlamatnya pada masa itu adalah untuk menangani masalah ekonomi masyarakat khususnya petani Melayu. 

Kini ia sudah semakin berani mengorak langkah menceburi dunia perniagaan berimpak tinggi dan sektor sangat berdaya saing seperti pelancongan, kesihatan, pembangunan hartanah, perkhidmatan kewangan mahupun inovasi dan teknologi. Ini sejajar dengan pengalaman institusi ini yang menghampiri satu abad usia perjalanannya.  

Khidmat Kedidi Global Bantu OKU Miliki Kaki Palsu

Oleh Muhammad Basir Roslan

(Artikel ini disiarkan sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia yang disambut pada 3 Disember.)

 

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Antara perkara yang paling merunsingkan hati Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya yang baru kehilangan kaki akibat penyakit ataupun kemalangan ialah bagaimana untuk mendapatkan bantuan kaki palsu?

Ini kerana mereka perlu melalui pelbagai proses dokumentasi dan ujian yang panjang serta rumit sebelum kelulusan diperoleh daripada pihak tertentu.

Golongan OKU yang memerlukan kaki palsu bagaimanapun kini boleh menarik nafas lega kerana ada sebuah syarikat tempatan iaitu Kedidi Global Enterprise yang menawarkan khidmat bantuan kaki palsu dengan kos separuh daripada harga di pasaran .

Dua maut termasuk kanak-kanak perempuan dalam kemalangan di Simpang Renggam

JOHOR BAHRU, 27 Nov  -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun antara dua yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta Toyota Vellfire di Kampung Paya Emas, Simpang Renggam dekat sini, malam tadi. 

Tiga nelayan tempatan dikhuatiri hilang di perairan Bintulu

BINTULU, 27 Nov  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tiga nelayan yang hilang di perairan Bintulu sejak semalam.