malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita RENCANA

 
 

Karya Indie - Penerbitan Perbukuan Yang Penuh Persepsi

Oleh Shanika Abdul Latib

KUALA LUMPUR (Bernama) --- Fenomena ‘indie’ (dari perkataan Inggeris independent)  dalam industri buku Malaysia, yang mula menampakkan kesannya sekitar 2006, ternyata berjaya melonjakkan kembali minat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda. 

Ironinya, penggiat termasuk penerbit indie di dalam dunia perbukuan sehingga kini dipandang serong oleh sesetengah pihak walaupun kehadiran mereka ini berjaya menyumbang kepada peningkatan minat membaca dan memberi lebih banyak pilihan buku di pasaran.

Menurut pengarah penerbitan The Patriots, Syazrul Aqram, situasi berkenaan wujud apabila label indie sering disalah guna dan dikaitkan dengan penulisan buku yang antaranya berunsur 'tabu’dan menggunakan bahasa pasar.

 

Inisiatif Pengusaha Hotel Hijaukan Bumi Langkawi

Oleh Hamdan Ismail

LANGKAWI (Bernama) -- Nama-nama ‘Moringa’, ‘Black Soldier’, ‘Mimosa’ atau ‘Heliconia’ mungkin tidak terdapat dalam senarai pekerja di Frangipani Langkawi Resort and Spa, tetapi ‘mereka’ telah ‘bekerja’ di sana sejak 13 tahun lepas.

Ya, nama-nama itu adalah antara tumbuh-tumbuhan dan serangga yang menyumbang ke arah menjadikan pusat peranginan itu paling indah dengan kehijauan persekitarannya, serta membantu memenangi beberapa anugerah sejak dibuka pada 2005.

Pemilik pusat peranginan empat bintang yang terletak di Pantai Tengah di Langkawi itu, Anthony Wong, 62, yang merupakan seorang naturalis dan pencinta alam sekitar adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pelbagai inisiatif menghijaukan persekitaran di situ. Malah, beliau menganggap alam semula jadi sebagai ‘rakan perniagaan’ paling penting.

“Kita perlu melindungi alam semula jadi, memahami dan mempelajari cara ia berfungsi dan bagaimana mengurusnya,” katanya kepada penulis ketika meninjau ladang organik dan kawasan tanah lembap buatan yang diwujudkan di salah satu sudut pusat peranginan itu.

Frangipani Langkawi Resort memenangi anugerah Gold Award for Environment – Environmental Education Programme di Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) 2018 yang berlangsung di sini pada 12 Sept hingga 14 Sept baru-baru ini.

 

Kuih Bulan Asalnya Hobi, Kini Sumber Rezeki

Oleh Noor Bakhtiar Ahmad

 

KUCHING (Bernama) -- Jika kek lapis sangat sinonim dengan Bumi Kenyalang ini, bagaimana pula dengan kuih bulan?

Kuih bulan yang merupakan kuih tradisional masyarakat Cina itu kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Islam di sini.

Bagaimanapun, kuih bermusim itu hanya ‘timbul’ ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh iaitu pada akhir Ogos hingga akhir September setiap tahun.

Memang sukar untuk mendapat kuih bulan yang halal dan boleh dimakan oleh masyarakat Islam, kecuali di sesetengah tempat terutamanya di hotel-hotel di bandar-bandar besar di negara ini.

Kini, dengan adanya kuih bulan yang boleh ditempah secara dalam talian, pastinya memberi peluang bagi masyarakat Islam untuk menikmati kuih tradisional masyarakat Cina itu.

 

Uniknya Yangon!

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

YANGON (Bernama) -- Menyusuri kaki lima di sekitar bandar Yangon, Myanmar, perasaan penulis bercampur baur melihatkan keadaan sekeliling.

Ada ketika, rasanya bagaikan terperangkap di dalam terowong masa namun pada masa sama terdapat pula bangunan moden pencakar langit.

Unsur moden dan tradisional bertemu, menghasilkan suasana unik yang pastinya dihargai terutamanya oleh golongan pencinta budaya, sejarah dan sosial.

Pada sepanjang jalan-jalan utama, kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit tegak mencelus di celah binaan-binaan lama yang masih kekal dengan reka bentuk kolonial British.

Pertembungan budaya juga dapat dilihat dengan jelas daripada cara masyarakat di sini berpakaian.

 

'Barong' Singkap Sisi Positif Tarian Mistik

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU  (Bernama) -- Sebut sahaja Reog ataupun Barong, pasti tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan seni warisan berunsur tarian teater itu.

Memandangkan masih ada masyarakat Melayu Jawa yang menetap di beberapa daerah di negeri ini, seni warisan yang dibawa oleh masyarakat etnik Jawa dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia itu masih dipersembahkan antaranya di daerah Batu Pahat, Muar dan Pontian.

Namun unsur ritual yang seolah-olah menjurus kepada syirik dalam persembahannya, menjadikan seni tarian itu sering dilihat dari sudut negatif.

Menyedari perkara itu, dua anak jati kelahiran Johor, Raden Mohammad Azwan Naharudin dan  Mohd Arif Ani cuba memperkenalkan seni warisan itu secara positif melalui penghasilan filem pendek yang diberi nama Barong.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong dua sahabat itu untuk meneroka dan menyingkap sisi positif kesenian Reog ataupun lebih dikenali sebagai Barong yang membawa maksud ‘tarian topeng’.

 

Kisah Dua Ekor Penyu 'Sabariah' Dan'Kartini'

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA TERENGGANU (Bernama) -- Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita.

Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China Selatan lalu naik ke pantai itu yang masih lembab berikutan hujan renyai pada waktu senja.

Melihatkan penyu-penyu itu naik di kawasan pantai yang berbatu, hati penulis terdetik, mungkin dibawa arus atau sengaja memilih kawasan berbatu yang dianggap lebih selamat daripada pemangsa.

Penyu yang dinamakan Sabariah dan Kartini itu bukanlah pengunjung asing di pantai berkenaan. Rekod menunjukkan ia pernah mendarat di sini pada masa lalu.

Saban tahun, Pantai Chagar Hutang yang telah diwartakan sebagai pusat pemuliharaan penyu pada 1993 menjadi tempat bagi ratusan penyu betina untuk bertelur dalam keadaan aman dan selamat daripada gangguan manusia.

Ada masanya lebih 1,000 jumlah sarang direkodkan di situ untuk jangkamasa setahun, menjadikan pantai itu paling banyak dikunjungi penyu untuk bertelur di Semenanjung Malaysia.

 

Menerokai Muzium Istana Topkapi di Istanbul

Oleh Shakir Husain

ISTANBUL (Bernama) – Walaupun bukan peminat tegar seni, seni bina atau sejarah namun, anda wajib mengunjungi Muzium Istana Topkapi di sini.

Apabila tiba di sana, terus sahajalah ke kawasan yang menghadap laut dan nikmatilah pemandangan latar langit yang menakjubkan di kota ini.

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi yang terdapat di muzium berkenaan dan mahu ‘menerokai’ halaman dan kamar yang sarat dengan pelbagai khazanah, ia pasti mencipta pengalaman budaya yang menyeronokkan buat mereka.

Istana Topkapi terletak menghadap Bosphorus yang bertemu Laut Marmara dan dibina pada abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Mehmet II yang juga dikenali sebagai Fateh – Penakluk Konstatinopel.