Basmi AIDS: terbuka dalam membincangkan pendidikan sex [ 2m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Tinjauan global baharu menunjukkan salah faham tentang kanser paru-paru dalam kalangan orang awam

LONDON, 28 Nov (Bernama) -- Hanya satu dalam setiap lima orang (22%) tidak bersetuju dengan kenyataan “umumnya, pesakit dengan kanser paru-paru telah menyebabkan penyakit mereka menerusi pilihan gaya hidup dan tingkah laku mereka,” menurut tinjauan omnibus global yang dijalankan oleh Ipsos MORI dan ditaja oleh Lung Ambition Alliance. Keputusan itu dikeluarkan selaras dengan pengakhiran Bulan Kesedaran Kanser Paru-paru Kebangsaan. Kanser paru-paru ialah penyakit yang masih dikaitkan dengan stigma. Stigma kanser paru-paru adalah bermasalah dan boleh mempengaruhi perokok untuk rasa bersalah dan melewatkan masa untuk berjumpa doktor mereka untuk membincangkan simptom yang mungkin timbul.[1]

Dato' Seri Ivan Teh Dinamakan Usahawan Terbaik Pada Anugerah Perniagaan PKS & Keusahawanan 2019

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Nov (Bernama) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh telah diberikan Anugerah Usahawan Terbaik yang berprestij semasa Anugerah Perniagaan PKS & Keusahawanan (SEBA) 2019 pada 8 November di Palace of the Golden Horses. Teh telah diberikan anugerah itu oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Teh telah diiktiraf kerana inovasi beliau yang cemerlang, pandangan jauh dan strategi daya cipta di dalam mencipta kecemerlangan jenama, dengan itu, menjadi seorang model peranan dan sumber inspirasi bagi kebanyakan orang.

Fave Bekerjasama dengan PayNet untuk Menerima Pakai DuitNow QR, Standard QR Nasional di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Payments Network Malaysia (PayNet) dan Fave telah menjalankan kerjasama strategik yang akan menjadikan FaveBiz sebagai pemeroleh saudagar bukan bank pertama yang menawarkan DuitNow QR, Standard QR Nasional Malaysia kepada peniaga di Malaysia. Bermula awal 2020, melalui penyertaan dalam DuitNow QR, Fave mensasarkan 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan mengguna pakai pembayaran tanpa tunai dan penyelesaian digital.

Melalui pelancaran ini, Fave akan membantu para peniaga di Malaysia untuk mengguna pakai DuitNow QR dan membolehkan mereka untuk menerima bayaran daripada pelanggan 29 bank-bank serta para pengguna e-dompet utama. Fave akan menyediakan penyelesaian yang lancar dan disatukan untuk para peniaga pada platform FaveBiz.

Tile Mengumumkan Isyarat Paling Proaktif dan Menyeluruh Setakat Ini

SAN MATEO, Cali., 27 Nov (Bernama) -- Tile, syarikat lokasi pintar utama dunia, mengumumkan pelan untuk melancarkan semula Smart Alerts (beta). Mulai Disember ini, Smart Alerts akan berkembang menjangkaui lokasi ditakrifkan pengguna, seperti rumah atau tempat kerja, untuk mencegah pengguna daripada tertinggal item, tidak dikira di mana-mana jua mereka berada atau pergi.

Pelanggan Tile Premium akan diberitahu apabila mereka tertinggal sebarang item Tiled selepas kekal dalam lokasi untuk lebih daripada lima minit. Ini bermakna jika pengguna memasuki kedai kopi dengan kunci, dompet dan komputer yang telah di Tiled, tetapi meninggalkan kedai kopi itu lima belas minit kemudian hanya dengan kunci dan dompet, mereka akan menerima pemberitahuan bahawa komputer riba mereka tertinggal di dalam kedai kopi.

Makluman pertukaran nombor talian bebas tol 1-800-88-5436 Hasil Care Line (HCL) mulai 1 Januari 2020

CYBERJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2020 nombor talian bebas tol 1-800-88-5436 Hasil Care Line akan ditukar kepada talian tetap 03-8911 1000. Butiran lengkap nombor talian bebas tol Hasil Care Line (HCL) yang baharu ini adalah seperti berikut:

 

Pertandingan Debat Pupuk Nilai Toleransi Dalam Kalangan Generasi Muda

KUALA LUMPUR 27 Nov (Bernama) -- Salah satu nilai yang menjadi asas kepada wujudnya perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah toleransi. Bersempena dengan sambutan Hari Toleransi Sedunia 2019, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) telah menganjurkan program 'Youth Debate: This House Resolves that Sustaining a Peaceful Malaysia is Based on Tolerance' pada 22 November 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM.

Menurut Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, toleransi adalah antara nilai dan pendekatan penting yang dipupuk di dalam kehidupan masyarakat Islam. Golongan belia perlu menyedari akan kepentingan nilai toleransi dan kepentingannya kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Penganjuran program debat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan perhatian para belia khususnya mengenai kebaikan dan manfaat toleransi kepada masyarakat dalam usaha membina perpaduan negara.

Sidang Kemuncak Digital Malaysia CETC dianjurkan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- China Electronics Technology Group Corporation (CETC) telah mengadakan Sidang Kemuncak Digital Malaysia di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, YB Dr. Ong Kian Ming, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak, Timbalan Pengurus Besar CETC, Li Ligong telah menghadiri Sidang Kemuncak Digital CETC 2019 dengan penyampaian ucapan pembukaan.