Lebih 16,000 terima manfaat Perak Prihatin sehingga September lepas [ 4m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Trip.com Group dan TripAdvisor Umum Perkongsian Strategik

SHANGHAI dan NEEDHAM, Massachusett, Nov 11 (Bernama) -- Trip.com Group Limited (Nasdaq: TCOM) ("Trip.com Group", sebelum ini dikenali sebagai Ctrip.com International Ltd. (Nasdaq: CTRP)) dan TripAdvisor, Inc. (Nasdaq: TRIP) ("TripAdvisor") hari ini mengumumkan perkongsian strategik untuk meluaskan kerjasama global, termasuk usaha sama, perjanjian kandungan global dan perjanjian pentadbiran.

Pertama sekali, Ctrip Investment Holding Ltd., subsidiari Trip.com Group telah memeterai usaha sama dengan subsidiari TripAdvisor, TripAdvisor Singapore Private Limited. Trip.com Group akan menjadi pemegang saham majoriti dalam entiti usaha sama baharu dan akan menyumbangkan tunai dan kepakaran pasaran. TripAdvisor akan memiliki 40% usaha sama dan akan menyumbang jenama eksklusif dan lesen kandungan serta aset-aset lain perniagaan Chinanya untuk jangka panjang. Kedua-dua syarikat bersetuju untuk berkongsi inventori dalam kategori pengembaraan di peringkat usaha sama. Usaha sama ini akan beroperasi di peringkat global sebagai TripAdvisor China.

BERNAMA Perjelas Kekecohan Di Forum ASLI Tidak Melibatkan Wartawannya

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BERNAMA ingin menjelaskan bahawa wartawannya tidak terlibat dalam kekecohan yang mengakibatkan kecederaan pada Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Melissa Ong di Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdagangan Asli-Rusia di Kuala Lumpur pagi tadi.

Sebenarnya seorang lelaki telah menyamar sebagai wartawan Bernama untuk menghadiri forum berkenaan.

Agrobank Lancar Visi dan Misi Baharu Sempena Sambutan Kemuncak 50 Tahun Bank

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Agrobank melancarkan visi dan misi baharu Bank sempena sambutan kemuncak 50 tahun pada 7 November 2019. Agrobank. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas  Tani dan Khadijah Iskandar, penanggung tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Menurut Khadijah Iskandar, pelancaran visi dan misi baharu Agrobank ini adalah tepat pada masanya yang menandakan kesediaan kami untuk lebih ke hadapan dalam memberi sokongan akses kewangan yang holistik kepada pelbagai segmen serta komuniti pertanian.  Ini bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan makanan negara terjamin dengan memberi peluang untuk lebih ramai agropreneur mengembangkan perniagaan mereka.  

Tommy Hilfiger Komited kepada Reka Bentuk 3D untuk Merealisasikan Perjalanan Pendigitalan yang Bercita-cita Tinggi

AMSTERDAM, 8 Nov (Bernama) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa teknologi reka bentuk 3D sedang digabungkan ke dalam kesemua pasukan reka bentuk pakaian global di ibu pejabat mereka di Amsterdam, Belanda. Koleksi pakaian Musim Bunga 2022 mereka akan menjadi yang pertama direka sepenuhnya menggunakan platform reka bentuk 3D Tommy Hilfiger yang berinovatif. Komitmen ini dibina di atas sasaran syarikat itu yang bercita-cita tinggi untuk mendigitalkan rantaian nilai hujung-ke-hujung mereka.

“Potensi bagi reka bentuk 3D tidak mempunyai batasan, sekali gus membolehkan kami untuk memenuhi kehendak pengguna dengan lebih pantas dan dalam cara yang lebih lestari,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. “Teknologi itu telah menjadi satu peralatan asas dalam reka bentuk koleksi kami dan mempunyai potensi untuk dengan nyata sekali mempercepatkan tempoh masa kami ke pasaran dan menggantikan fotografi produk tradisional sepenuhnya. Untuk musim Luruh 2020 kami, kemeja formal lelaki kami akan direka 100% melalui 3D dan tidak memerlukan sebarang pengeluaran sampel; perbezaannya akan hampir tidak dapat dibezakan daripada gaya-gaya yang direka dan dipaparkan dari segi sejarah. Ini adalah masa hadapan.”

VistaJet Dinobatkan sebagai Operator Terbaik buat Tahun Keempat Berturut-turut

HONG KONG, 8 Nov (Bernama) -- VistaJet, syarikat penerbangan persendirian global yang pertama dan tunggal, meneruskan kejayaan pada tahun 2019 dengan dinobatkan sebagai operator terbaik Asia buat tahun keempat yang berturut-turut di AsBAA Icons of Aviation Awards. Anugerah itu meraikan kecemerlangan dan mengiktiraf amalan terbaik dalam industri penerbangan persendirian merentasi benua, dan ini susulan penerimaan VistaJet untuk anugerah sulung Syarikat Paling Inovatif pada acara 2018.

VistaJet meraikan ulang tahun ke-15 pada 2019, dengan transformasinya daripada sebuah syarikat pemula dengan dua pesawat di Eropah kepada unikorn penerbangan global dengan lebih 70 jet jarak panjang. Penginovasi terkemuka dalam industri ini, VistaJet terus memperlihat rekod pertumbuhan tahun ke tahun, dengan peningkatan ahli baharu sebanyak 31% pada 2018 dan peningkatan penerbangan di peringkat global sebanyak 25%. Asia menunjukkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan sebanyak 26% pada jumlah penerbangan dan momentum itu berterusan dengan pelancaran program yang mengutamakan pelanggan termasuklah VistaPet, program perjalanan haiwan peliharaan yang paling komprehensif dan VistaJet World, iaitu portfolio pengalaman perjalanan global eksklusif sekali seumur hidup.

YES (Yield Engineering Systems, Inc.) Bekerjasama dengan ICONNICS/Protec; Membuka Pusat Perkembangan dan Demo Pelanggan di Korea

LIVERMORE, Calif., 8 Nov (Bernama) -- YES (Yield Engineering Systems, Inc.), sebuah pengilang kelengkapan proses terkemuka bagi pembungkusan canggih semikonduktor, sains hayat dan pasaran “more-than-Moore”, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan ICONNICS, Inc. dan Protec Co., Ltd. untuk membuka pusat perkembangan dan demo pelanggan baharu di Incheon, Korea. Menerusi perkongsian ini, YES sedang meningkatkan kewujudannya di rantau Asia Pasifik dengan membawa produk bersih, salut dan awet mereka secara terus kepada pelanggan, membolehkan mereka mencapai kitaran pembelajaran yang lebih cepat untuk mengembangkan dan melancarkan proses baharu dengan pantas kepada pengilangan bervolum tinggi.

“YES terus memperoleh tarikan dalam pasaran pembungkusan canggih, semikonduktor kompaun, sains hayat dan penyalutan optikal di Korea. Kami berasa gembira untuk bekerjasama ICONNICS dan Protec untuk mengembangkan lagi kewujudan kami di Asia dan membawa faedah produk kami kepada pelanggan bersama,: kata Ken MacWilliams, Ketua Pegawai Eksekutif YES. “Kami menanti-nantikan untuk membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan Korea kami dengan melabur dalam perkembangan canggih dan pusat demo dalam negara yang menyediakan mereka akses kepada teknologi dan perkhidmatan YES yang menyokong peta perjalanan termaju.”

CEO AmBank Islamic Terima Anugerah ´Islamic Banker of the Year 2019´

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic), Eqhwan Mokhzanee telah dianugerahkan Anugerah ‘Islamic Banker of the Year 2019’ oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA). Di samping itu, AmBank Islamic juga telah menerima Anugerah ‘Most Improved Islamic Bank 2019’.

"Kami sangat berbesar hati diberikan Anugerah ‘Most Improved Islamic Bank 2019’ yang mencerminkan pencapaian berterusan dalam membina warisan kami untuk menyampaikan penyelesaian mampan dalam perbankan dan kewangan Islam yang berteraskan pelanggan. Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan ke atas kemajuan signifikan dalam melaksanakan perancangan strategik dan transformasi kami," kata Dato' Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank.