malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

 
 

Perakuan Badan Siasatan Bebas Berhubung Siasatan Ke Atas Dakwaan Salah Laku Seksual

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Badan Siasatan Bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku seksual oleh seorang ketua jabatan (HOD) di sebuah hospital di Lembah Klang telah selesai menjalankan siasatan dan telah membentangkan dapatan siasatan mereka kepada saya; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) YB Hannah Yeoh, serta pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hasil siasatan menunjukkan terdapat alasan yang kukuh untuk KKM mengambil tindakan selanjutnya ke atas ketua jabatan tersebut. Sehubungan itu, badan siasatan bebas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai dari KKM and KPWKM itu telah mengemukakan cadangan-cadangan seperti berikut:
1. Untuk KKM mengemukakan aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi menjalankan siasatan ke atas ketua jabatan berkenaan berhubung dakwaan salah laku profesional di bawah peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Akta Perubatan 1971;
2. Untuk KKM mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung ketua jabatan berkenaan bagi memberi laluan kepada siasatan lanjut oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.