Empat pusat tahanan sementara di Sabah sesak [ 9m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Michael Buckley Kembali Ke True Religion Apparel Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

MANHATTAN BEACH, Calif., 13 Nov (Bernama) -- True Religion Apparel, Inc., mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah itu telah melantik Michael Buckley sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu, berkuatkuasa serta merta. Encik Buckley sebelum ini pernah menjadi Presiden bagi True Religion Apparel dari tahun 2006 hingga 2010. Beliau akan bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan visi dan hala tuju masa hadapan bagi True Religion. Encik Buckley akan melapor kepada Lembaga Pengarah Syarikat itu.

Michael Buckley adalah seorang eksekutif produk runcit dan pengguna terkemuka dengan lebih 30 tahun pengalaman industri yang berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa di dalam jenama yang semakin meningkat dan mencipta nilai. Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Differential Brands Group (ditukar nama kepada Centric Brands selepas pemerolehan oleh Global Brands Group) sebuah syarikat dagangan awam NASDAQ. Differential memiliki jenama Hudson Jeans, Robert Graham dan Swims. Sebelum Differential, dari tahun 2011 hingga 2016 beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Robert Graham Designs sehingga ia dijual kepada Differential Brands Group dengan harga $180 juta. Sebelum Robert Graham, dari tahun 2006 hingga 2010 sebagai Presiden bagi True Religion Apparel, jualan meningkat dari $100 juta kepada lebih $300 juta, EBITDA dari $30 juta kepada lebih $90 juta dan permodalan pasaran pada NASDAQ meningkat tiga kali ganda kepada $850 juta. Platform runcit berkembang dari 1 hingga 100 buah kedai, syarikat itu memperluaskan barisan produk mereka untuk memasukkan kemeja-t, kemeja tenunan, knit top, pakaian luar dan beberapa lesen termasuk kasut, wangi-wangian, kacamata, baju renang, dan aksesori. Pada tahun 2008 dan 2009 True Religion menduduki nombor #1 sebagai syarikat pakaian dagangan awam Amerika Syarikat yang paling menguntungkan daripada semua syarikat pakaian dagangan awam di Amerika Syarikat, seperti yang diukur oleh margin keuntungan selepas cukai.

 

Travelex Currency Exchange & Payments Malaysia mengintegrasikan semua perkhidmatan hab serantau dalam memanfaatkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Nov (Bernama) -- Travelex Currency Exchange & Payments Malaysia (Travelex), hab penyepaduan semua perkhidmatan serantau di Asia, yang juga ibu pejabat serantau di Asia Selatan, telah baru-baru ini mengembangkan portfolio perniagaannya berikutan usaha penggabungan dengan Travelex Malaysia pada 30hb September 2019.

Rakesh Aravind, Pengarah Dagangan Asia Selatan dan Pengurus Besar Negara Malaysia Travelex, berkata bahawa "Kami memulakan pemposisian pasaran dengan matlamat yang jelas untuk memacu matlamat pertumbuhan perniagaan jangka panjang. Visi Travelex adalah untuk menjadi pakar terkemuka dalam penambahbaikan perkhidmatan kewangan di pasaran globalisasi di mana sasaran kami bertumpu kepada golongan peniaga dan pelancong asing di Asia Tenggara. Lanjutan penggabungan syarikat, kami bersedia untuk meraih peluang untuk mengembangkan capaian perniagaan dalam pasaran kewangan yang cukup berdaya saing."

Tindakan proaktif PERKESO bantu Ahmad Taufik

KUALA  LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PERKESO pada 12 November 2019 telah menziarahi Ahmad Taufik Ramli, 51, kakitangan Ibu Pejabat PAS di Hospital Kuala Lumpur yang mengalami kecederaan patah tulang paha akibat terjatuh sebaik sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru pada 1 November lalu.

Sejurus selepas beliau dimasukkan ke hospital, pihak hospital telah membuat semakan segera sama ada beliau layak menerima faedah di bawah mana-mana skim perlindungan PERKESO.

SK magic menerima pengiktirafan 'Rumah Pintar' Oleh CES Innovation Awards 2020

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Nov (Bernama) -- Consumer Technology Association (CTA) yang menganjurkan CES, acara teknologi yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia, telah mengiktiraf SK magic, pakar dalam peralatan rumah, untuk inovasi yang hebat bagi tiga produk utama - All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher di CES Innovation Awards 2020. Motion Air Purifier menjuarai kategori rumah pintar, manakala All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, dan Triple Care Dishwasher menerima pengiktirafan dalam kategori Peralatan Rumah.

SK magic menerima pengkadaran yang tinggi dalam semua kategori seperti kualiti kejuruteraan, estetik dan rekaan, kefungsian dan daya penarik pengguna untuk tiga produk utama ini - All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier, Motion Air Purifier dan Triple Care Dishwasher.

SDP akan Menerbitkan Filem yang Menggambarkan Kehidupan Artis Legenda Katsushika Hokusai

TOKYO, 12 Nov (Bernama) -- SDP, Inc. akan menerbitkan filem “HOKUSAI” yang menggambarkan kehidupan luar biasa artis Jepun yang terkenal di seluruh dunia Katsushika Hokusai di Jepun pada awal musim panas tahun 2020. Ia akan juga dikeluarkan di seluruh dunia secara berturutan. (Diedarkan oleh SDP)

Imej: The Great Wave https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105740/201910242602/_ prw_PI1lg_S2B253le.jpg

Karya seni ukiyo-e beliau mempengaruhi artis-artis barat, seperti Vincent van Gogh, Claude Monet dan Edgar Degas. Akibatnya, beliau memainkan satu peranan penting dalam Japonisme pada abad ke-19 Eropah dan mempunyai impak yang ketara terhadap seni barat moden. Beliau telah disebut oleh majalah Life sebagai seorang daripada “100 orang paling penting dalam 1000 tahun yang lampau.” Karya agung beliau “The Great Wave” telah dijual dengan harga kira-kira $1 juta pada lelongan di New York pada tahun 2017, yang mencerminkan pengaruh beliau yang kekal abadi di dunia.

NTT Com akan Melabur dalam Perniagaan Permulaan Fintech M-DAQ

TOKYO, 12 Nov (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melabur di dalam M-DAQ Pte Ltd (M-DAQ), sebuah syarikat permulaan teknologi kewangan atau fintech yang berpangkalan di Singapura.

M-DAQ dan pasukan mereka yang terdiri daripada pakar-pakar tukaran asing (FX) berhasrat untuk merealisasikan sebuah dunia tanpa sempadan mata wang. Kekuatan syarikat itu termasuk perkhidmatan yang pertama seumpamanya yang menyediakan kadar FX yang dijamin kompetitif yang didasarkan kepada algoritma berasaskan permintaan prediktif proprietari.

Pencipta Bersama Blok Rantai ABey Dr. Ciprian Pungila Menyampaikan Ucap Utama Pada Hari Pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019

VADUZ, Lichtenstein, 12 Nov (Bernama) -- Yayasan aBey hari ini mengeluarkan teks lengkap dan video berhubung ucap utama Dr. Ciprian Pungila semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. Dr. Pungila adalah pencipta bersama bagi teknologi blok rantai aBey dan bertindak sebagai ketua saintis bagi Yayasan aBey, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan. Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta berlangsung pada 7 dan 8 November.

Ucapan Dr. Pungila menyentuh mengenai kekuasaan teknologi melalui blok rantai yang berprestasi tinggi. Memperkenalkan cara-cara yang berinovatif untuk memberi kuasa kepada blok rantai melalui seni bina heterogen dan pengiraan yang berprestasi tinggi, satu topik penting di dalam perbincangan yang diliputi oleh Dr. Pungila dalam apa yang beliau nyatakan sebagai “urus niaga runcit berasaskan prestasi.”