malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

 
 

Razeline Menawarkan Strim Hasil Tambahan Kepada Pencipta Kandungan YouTube

ANN ARBOR, Mich., 6 Jun (Bernama) -- Dalam 18 bulan ini, banyak pencipta kandungan YouTube mengalami pengurangan hasil iklan. Platform dalam talian, Razeline ada penyelesaiannya. Razeline ialah syarikat permulaan yang membolehkan pencipta kandungan YouTube dan peminat mereka berhubung secara langsung melalui mesej teks disaring.

Pada awal tahun 2017, YouTube mula mengetatkan polisi penjanaan keuntungan mereka untuk meredakan kebimbangan pengiklan berkenaan iklan yang disiarkan bersama kandungan yang tidak menyenangkan. Perkhidmatan Google itu memulakan langkah "nyahkeuntungan ", iaitu membuang iklan daripada beribu-ribu video. Langkah tersebut yang dipanggil "Adpocolypse " menjadi lebih buruk apabila salah seorang pencipta kandungan paling popular YouTube melakukan kesilapan besar.

 

Graduate Management Admission Council Mengumumkan Pelantikan Dua Ahli Lembaga Dan Pengerusi Baharu

Tokoh daripada sekolah perniagaan Berkeley, Duke & Emory membawakan lebih kepakaran kepada organisasi

RESTON, Va., 6 Jun (Bernama) --
Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global sukacita mengumumkan penambahan dua orang ahli dan seorang pengerusi baharu untuk lembaga pengarahnya. Penggal mereka bermula pada 1 Julai 2018, sama dengan pengerusi yang permula pada 1 Julai.

Dr. Bill Boulding, dekan Duke University´s Fuqua School of Business akan mempengerusikan lembaga tersebut. Ahli lembaga pengarah baharu terdiri daripada Erika James, John H. Harland dekan Goizueta Business School, Emory University dan Peter Johnson, penolong dekan, Program MBA sepenuh masa dan pemasukan, Haas School of Business di University of California, Berkeley. Tempoh penggal untuk pengerusi lembaga ialah dua tahun manakala ahli lembaga empat tahun.

 

​Paysafe Memperkenalkan Identiti Jenama Global Baharu Yang Mengujakan

Kedudukan jenama "Palam ke Paysafe " baharu perkukuhkan Paysafe sebagai platform pilihan dalam pembayaran global

LONDON, 6 Jun (Bernama) -- Peneraju penyedia pembayaran global, Paysafe, telah memperkenalkan logo dan identiti jenama bermuka baharu yang mengujakan dan menarik perhatian, ditambah dengan kedudukan jenama global Palam ke Paysafe baharu yang menarik.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan pemasaran yang mengukuhkan Paysafe sebagai ‘Besar Terbaru´ dalam pembayaran global, penyedia pembayaran ini juga telah membaik pulih laman webnya untuk mempamerkan portfolio pembayaran global tanpa tandingannya kepada perniagaan.

 

VistaJet Melancarkan Program Pelancongan Peribadi Kanak-kanak yang Paling Menyeluruh

LONDON, 6 Jun (Bernama) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan pelancaran Pengembaraan di atas Langit, program pelancongan paling menyeluruh yang direka bentuk khusus untuk kanak-kanak.

Dengan satu dalam empat penerbangan VistaJet pada 2017 mempunyai kanak-kanak atas penerbangan*, menawarkan aktiviti yang didedikasikan untuk pengembara muda terbukti menjadi semakin penting.

 

​Paysafe Melancarkan Paysafecash - Penyelesaian Pembayaran Canggih Baharu Untuk 'pengguna Tunai'

Penyelesaian inovatif daripada peneraju pembayaran global menawarkan kepada pembeli dalam talian pilihan pembayaran dalam talian yang mudah dan ultra selamat

LONDON, 6 Jun (Bernama) -- Peneraju penyedia pembayaran global, Paysafe, hari ini mengumumkan pelancaran global penyelesaian pembayaran alternatif terbarunya - ‘Paysafecash´. Perintis pilihan pembayaran tunai dalam talian yang ultra selamat ini telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan untuk jumlah besar pembeli dalam talian di seluruh dunia yang masih memilih untuk membayar secara tunai. Data terkini menunjukkan yang meskipun penggunaan pembayaran elektronik galak digunakan oleh orang ramai, ramai pembeli dalam talian semakin bimbang yang pembelian dalam talian terlalu kerap menyebabkan penipuan kewangan dan kebocoran data.

Dibangunkan oleh kumpulan Paysafe yang sama yang mencipta penyelesaian tunai prabayar yang telah memenangi anugerah -paysafecard, peneraju global dalam industri pembayaran prabayar dalam talian - pelancaran Paysafecash merupakan sebahagian daripada strategi inovatif Paysafe dalam memberikan kamar keselamatan yang tiada tandingan, tanpa geseran dan produk pembayaran yang relevan di seluruh dunia.

 

Terapi Sel Stem NSI-566 Neuralstem Memberikan Peningkatan Neurologi Kepada Pesakit Cedera Saraf Tunjang Yang Lumpuh Sepenuhnya

GERMANTOWN, Md., 6 Jun (Bernama) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan keputusan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell Stem Cell yang menyokong potensi NSI-566 transplan, keluaran sel stem daripada saraf tunjang (HSSC) dalam memberi manfaat kepada pesakit dengan kecederaan saraf tunjang kronik (SCI). Penerbitan tersebut boleh didapati di sini.

Manuskrip bertajuk "Kajian Fasa I Dalam Manusia Pertama Pemindahan Sel Stem Saraf untuk Kecederaan Saraf Tunjang Kronik " dengan penulis kanannya, Penyiasat Utama Kajian Joseph D. Ciacci, MD, Ketua Neurosurgeri di VA San Diego Healthcare System dan Profesor Bedah di UC San Diego Health. Objektif utama kajian tersebut ialah untuk menilai keselamatan pemindahan NSI-566 dalam subjek dengan kecederaan saraf tunjang kronik stabil, tetapi titik hujung tambahan juga diukur termasuklah perubahan dalam defisit neurologi, neurofisiologi dan kesakitan neuropatik.

 

Majlis Prapelancaran 'Selangor Industrial Ride 2.0'

SHAH ALAM, 5 Jun (Bernama) -- Dimaklumkan bahawa Invest Selangor Berhad dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) hari ini telah menganjurkan Majlis Prapelancaran ‘Selangor Industrial Ride 2.0´ bertempat di Invest Selangor Berhad, No. F1-2-G Jalan Multimedia 7/AG, CityPark, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Objektif utama program ini di anjurkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dan kesihatan di kalangan masyarakat dan juga komuniti perindustrian. Acara berbasikal ini juga adalah salah satu gaya hidup rekreasi dan sosial pada masa ini dan juga merupakan platform yang ideal di mana ianya baik untuk kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk semua peringkat lapisan umur. Diharapkan melalui program berbasikal ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak kerajaan Negeri Selangor dan komuniti perindustrian melalui persaingan yang sihat di dalam acara sukan berbasikal.