malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

 
 

​SPi Global Memperolehi Scope E-Knowledge Center

MANILA, Filipina, 12 Jun (Bernama) -- SPi Global, syarikat peneraju pasaran teknologi kandungan dan penyelesaian kandungan yang menyediakan perkhidmatan data dan kepakaran subjek (SME) kepada beberapa industri hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan transaksi untuk pemerolehan Scope e-Knowledge Center, penyedia terkemuka perkhidmatan maklumat khusus untuk penerbit dan penyedia maklumat. Scope ialah salah satu daripada lima perniagaan di bawah kumpulan syarikat Quatrro yang berfokus terutamanya terhadap perkhidmatan dan pemenuhan, menggunakan platform dan teknologi dalam domain tertentu.

"Pemerolehan Scope adalah salah satu rancangan strategik kami untuk melebarkan sayap dan menjadi yang terulung dalam industri teknologi kandungan dan perkhidmatan maklumat. Ini akan menguatkan usaha berterusan kami untuk membina suite penyelesaian sofistikated bagi penemuan data dan kandungan pintar dalam penerbitan STM, penjagaan kesihatan dan banyak lagi segmen kandungan profesional. Hal ini merupakan perkembangan yang mengujakan untuk pelanggan, pekerja dan rakan kongsi kami, " kata Presiden dan CEO SPi Global, Ratan Datta.

 

​Persidangan Dunia Blockchain Bakal Cipta Sejarah Sebagai Acara Kripto Terbesar Pernah Diadakan

Dengan 8,000+ hadirin dan 120+ pempamer dijangkakan, Persidangan Dunia Blockchain akan menjadi acara terbesar dari segenap segi dalam dunia kripto

ATLANTIC CITY, N.J., 12 Jun (Bernama) -- melalui CryptoCurrencyWire - Persidangan Dunia Blockchain, jenama global yang komited terhadap mengadakan acara kripto berkualiti paling tinggi hari ini mengumumkan kejayaannya dalam mendapatkan jumlah pelabur bertauliah dan senarai jurucakap terkemuka dunia yang banyak untuk Persidangan Dunia Blockchain akan datang. Dianjurkan oleh BWC Events, persidangan selama tiga hari ini dijadualkan berlangsung pada 11-13 Julai 2018 dan bertempat di Harrah´s Resort, Atlantic City, NJ.

Persidangan Dunia Blockchain menyatukan pakar blockchain dan kripto terunggul dalam satu acara. Pakar industri, saintis, penganalisis, pendidik dan pemimpin akan muncul di pentas pada acara industri blockchain terbesar dan paling transformatif di dunia.

 

Neuralstem Dianugerahkan Kontrak SBIR Fasa I untuk Membantu Kajian Terapi Sel Stem untuk Kecederaan Trauma Otak Parah

GERMANTOWN, Md., 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan pemerolehan kontrak Kajian Inovasi Perniagaan Kecil (SBIR) Fasa I daripada Jabatan Pertahanan (DoD). Anugerah sebanyak $150,000 itu akan menampung usaha berterusan syarikat tersebut untuk membangunkan keluaran sel stem saraf manusia NSI-566 sebagai calon terapi untuk merawat Kecederaan Trauma Otak (TBI) parah.

Dianggarkan kira-kira 3-5 juta orang di Amerika Syarikat kehilangan upaya disebabkan oleh TBI, dengan terapi rehabilitasi kini menjadi kaedah rawatan utama. Kajian yang disokong oleh kontrak SBIR tersebut akan melancarkan kerjasama berterusan Neuralstem dengan kumpulan kajian Dr. Ross Bullock, MD, Ph.D., Profesor Jabatan Pembedahan Neurologi dan Pengarah Neurotrauma Klinikal di Miami Project to Cure Paralysis. Kajian ini bertujuan untuk diakhiri dengan pengisian permohonan IND untuk menjalankan ujian klinikal dalam TBI.

 

Peringatan Tarikh Akhir Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) Saraan Bulan Mei 2018 Dan Ansuran Anggaran Cukai (CP500) Bagi Borang B Tahun Taksiran 2017

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin mengingatkan pembayar cukai bahawa tarikh akhir untuk membuat bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan Bulan Mei 2018 dan bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B Tahun Taksiran 2017 adalah pada 15 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan dengan 1 Syawal 1439H.

Memandangkan tarikh akhir tersebut jatuh pada hari kelepasan am iaitu Hari Raya Aidilfitri, LHDNM menggalakkan agar pembayaran cukai dilakukan lebih awal melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDNM bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

​Paysafe Mengumumkan Kerjasama Dengan Google

Paysafecard Paysafe bekerjasama dengan Google untuk membolehkan jutaan pengguna untuk mengambil bahagian dalam membeli-belah dalam talian untuk kali yang pertama

VIENNA, Austria, 8 Jun (Bernama) -- Paysafe, peneraju penyedia pembayaran global, mengumumkan kerjasama baharu dengan Google. Perniagaan prabayar paysafecard Paysafe kini diterima sebagai kaedah pembayaran di Play Store Google, kedai app untuk peranti diperakui Android, membuka pintu ke era digital untuk jutaan pelanggan.

Kini, pelanggan tanpa kad kredit atau perkhidmatan perbankan digital, atau sesiapa yang tidak mahu memasukkan data kewangan mereka dalam talian atas sebab keselamatan, boleh membayar dalam talian di Play Store Google menggunakan paysafecard. paysafecard membolehkan pengguna yang lebih gemar atau perlu untuk menggunakan tunai untuk membayar dalam talian, hanya dengan mudah dan selamat menggunakan PIN 16-digit untuk melengkapkan transaksi pembayaran.

 

IKIMfm Siar Program Menarik Sempena Aidilfitri Ini

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menyediakan pelbagai genre Program Khas Hari Raya untuk para pendengarnya. Penerbitan program-program tersebut antara lain bagi menghargai para pendengar yang sentiasa menyokong dan setia mendengar rancangan-rancangan mendidik jiwa terbitan radio berkenaan.

IKIMfm yang berjaya mengekalkan jumlah 1.3 juta pendengar di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sejak beroperasi 16 tahun lalu, memulakan program khas sejak Ramadan lagi.

 

Paysafe Melengkapkan Pemerolehan IPayment

HOUSTON, 6 Jun (Bernama) -- Paysafe Group, penyedia pembayaran global terkemuka mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melengkapkan pemerolehan iPayment Holdings, Inc. (iPayment) yang ditandatangani pada 12 April 2018.

iPayment, penyedia pembayaran dan penyelesaian pemprosesan untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang bertapak di A.S. telah menjana jumlah pemprosesan lebih daripada $25 bilion pada tahun 2017 daripada lebih 137,000 pelanggan saudagar di seluruh negara. Dengan pemerolehan MCPS oleh Paysafe tahun lepas, pemerolehan itu menjadikan Paysafe sebagai pemproses pembayaran bukan bank 5 teratas di A.S.