Empat pusat tahanan sementara di Sabah sesak [ 6m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Mesej Kasih Sayang LHDNM Dalam Program Tanggungjawab Sosial Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyantuni masyarakat menerusi Program Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility) Pejabat Pengarah Negeri Johor (PPNJ) yang dianjurkan pada 17 November 2019 semalam. Program SR tersebut yang dirasmikan oleh Puan Rozina binti Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM) merupakan kesinambungan program-program SR yang telah dilaksanakan oleh LHDNM sejak tahun 2017 sehinggalah ke hari ini.

Puan Rozina dalam ucapan beliau berkata “LHDNM merupakan organisasi prihatin dan sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan negara, justeru LHDNM sekali lagi memilih untuk memberikan perhatian kepada keperluan sekolah sejajar dengan pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21. LHDNM sedar bahawa perkembangan pembelajaran dan pengajaran masa kini telah berubah dan penggunaan projektor LCD adalah merupakan pilihan utama untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan, dan ia juga dapat menjadikan guru-guru lebih kreatif dan pelajar lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan”.

Kejayaan penganjuran Tour de France Shanghai Critérium 2019 mencerminkan minat terhadap acara sukan antarabangsa di China

 HONG KONG, 18 Nov (Bernama) -- 2019 Tour de France Škoda Shanghai Critérium, acara pertandingan berbasikal antarabangsa, diadakan di Muzium Seni China pada 15 dan 16 November 2019.  Juara Tour de France untuk tahun 2019, Egan Bernal, juara Grand Slam sebanyak tiga kali Vincenzo Nibali dan juara Tour de France sebanyak empat kali Christopher Froome, bersama-sama dengan para bintang Tour de France yang lain, termasuklah lima pasukan berbasikal bertaraf dunia dan tujuh pasukan unggul tempatan, menyertai acara ini.  Caleb Ewan mendahului acara ini dan diiktiraf sebagai juara Tour de France Shanghai.  Pada tahun 1903, Tour de France yang pertama diadakan di Perancis. Acara ini memiliki sejarah lebih daripada 100 tahun dan merupakan acara paling berprestij dalam dunia berbasikal. Pada tahun 2017, buat pertama kalinya Tour de France diadakan di China. Tiga tahun sebelum ini ia diadakan di Changsha, Beijing, Zhuji dan Shanghai. Atlet kayuh basikal dalam dan luar negara, pro dan amatur dan juga orang ramai semakin menggemari Tour de France. Melalui sokongan kerajaan-kerajaan tempatan di China dan rakan-rakan kongsi, Tour de France di China telah dianjurkan di Zhuji dan Changsha, yang mana seramai 4,000 atlet menyertai acara berbasikal ini seterusnya memecahkan rekod kehadiran. Jenama Tour de France sudah mulai mendapat perhatian di China memandangkan acara ini menggabungkan elemen sukan dan hiburan dengan penyertaan atlet kayuh ternama dunia.  

Vista Equity Partners Mengumumkan Pengembangan di Asia

SINGAPURA & AUSTIN, Texas 18 Nov (Bernama) -- Vista Equity Partners hari ini mengumumkan pembukaan pejabat Singapura bagi Vista Consulting Group (“VCG”, dan bersama-sama dengan Vista Equity Partners, “Vista”). VCG adalah cabang perunding ahli gabungan bagi Vista, firma pelaburan terkemuka yang memberi tumpuan kepada perniagaan perisian perusahaan, data dan yang membolehkan teknologi. Pejabat baharu itu akan bertindak sebagai ibu pejabat Asia bagi VCG, sekali gus memperluaskan kehadiran Vista dan menyediakan sokongan operasi tambahan untuk syarikat-syarikat Vista di rantau itu dan hampir 14,000 orang pekerja mereka.

Pejabat Singapura itu, yang terletak di Menara Centennial, menunjukkan komitmen mantap yang berterusan oleh firma itu kepada Asia. Pada masa ini, lebih daripada 20 syarikat portfolio Vista mempunyai pejabat di rantau itu, dengan 13 berada di Singapura. Sebagai sebahagian daripada pengumuman itu, syarikat portfolio Vista Apptio, sebuah pembekal bagi perisian yang menjanakan transformasi digital, menamakan Singapura sebagai ibu pejabat mereka di Asia ketika ia memberi tumpuan kepada memacukan jualan dan peluang-peluang lain di seluruh rantau itu. Satu lagi syarikat portfolio Vista, RDC, mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia juga menamakan Singapura sebagai ibu pejabatnya di Asia.

Pendekatan terapeutik baharu terhadap penyakit kardiovaskular daripada graduan program penyelidikan induk Yayasan Penyelidikan SENS dari makmal ke dunia bioteknologi

MOUNTAIN VIEW, Calif., 15 Nov (Bernama) -- Underdog Pharmaceuticals, Inc. (Underdog), dan Yayasan Penyelidikan SENS (SRF) hari ini mengumumkan pelancaran Underdog dan penyelesaian pusingan benihnya, menyediakan $3.95 juta untuk mempromosikan pembangunan Underdog untuk rawatan pengubah suai penyakit untuk aterosklerosis dan penyakit berkaitan usia lain. SRF juga mengumumkan dua pelantikan pegawai kanan.

Pusingan Underdog diketuai oleh Technology Capital milik Michael Greve, sebahagian daripada Kumpulan Forever Healthy dan salah satu organisasi premier memfokuskan untuk memacu bioteknologi rejuvenasi. Ini turut merangkumi pengasas bersama Oculus, Michael Antonov menerusi Tubus, LLC, dan pembiaya Harald McPike menerusi Chambray Worldwide, Ltd.

Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Orang Cina di Seberang Laut dan Persidangan Pembangunan Kreativiti Kebudayaan Belia Guangdong-Hong Kong-Macao Diadakan di Jiangmen, China

JIANGMEN, China, 15 Nov (Bernama) -- Dari 13 hingga 15 November, Bandar raya Jiangmen di Wilayah Guangdong telah mengadakan Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Orang Cina di Seberang Laut dan Persidangan Pembangunan Kreativiti Kebudayaan Belia Guangdong-Hong Kong-Macau di Pusat Persidangan & Pameran Antarabangsa Guangdong Zhuxi. Lebih 1,000 orang Cina di seberang laut dan belia telah turut serta. Melalui pertukaran dan pembelajaran bersama di antara peradaban, hubungan antara orang-dengan-orang di antara negara yang berbeza menjadi lebih mantap. Persidangan itu berfungsi sebagai satu platform yang signifikan untuk membantu dunia memahami budaya orang Cina.

Bandar raya Jiangmen, yang terletak di pusat bandar di tebing barat Delta Sungai Pearl di Wilayah Guangdong, kira-kira 100 kilometer dari kawasan metropolitan Guangdong-Foshan dan bulatan ekonomi Shenzhen-Hong Kong. Ia adalah sebuah bandar raya nod yang penting di Kawasan Greater Bay Hong Kong-Macao.

Imperial Capital Melantik Mark Green Sebagai Ketua Situasi Khas & Kredit Berstruktur

LOS ANGELES, 15 Nov (Bernama) -- Imperial Capital, LLC (“Imperial Capital”), hari ini mengumumkan bahawa Mark Green telah menyertai firma itu sebagai Ketua Situasi Khas dan Kredit Berstruktur.   Berpangkalan di New York, En. Green akan bertanggungjawab untuk meluaskan jualan kredit, usaha perbankan pelaburan dan perdagangan Imperial Capital dengan lebih lanjut menerusi situasi kredit yang didorong oleh acara, kepakaran penstrukturan dan strategi pelaburan yang direka untuk membolehkan klien membangunkan penyelesaian bernilai kepada isu yang mereka hadapi dan memperoleh faedah daripada peluang pasaran merentasi pelbagai kelas aset.

“Mark mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam pelaburan, memimpin pasukan dan membangunkan perniagaan, dan kami tidak sabar untuk beliau menyertai firma kami.  Kredit berstruktur ialah keutamaan strategik yang penting dan Mark membawa pengalaman transaksi, hubungan klien yang kuat dan seorang rakan yang sesuai untuk mendorong perkembangan. Dengan pengalaman bekerja dengan beliau sebelum ini, saya yakin beliau akan bawa semangat persaingan dan meluaskan kebolehan kredit kita untuk klien,” kata Tim Sullivan, Ketua Kredit A.S.

BERNAMA Radio Kini Dikenali Sebagai Stesen Berita Bisnes Anda

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- BERNAMA Radio kini telah mengubah namanya kepada Stesen Berita Bisnes Anda berkuatkuasa dari 1 Okt, 2019.

Stesen radio yang dahulunya menyiarkan berita tempatan, daerah dan dunia, acara padang secara langsung, laporan trafik, cuaca dan pasaran saham serta rancangan bual bicara dalam Bahasa Melayu, kini menjadi stesen radio Bahasa Melayu yang memberi fokus kepada dunia perniagaan.

Stesen Berita Bisnes Anda menyiarkan berita perniagaan terkini serta temuramah dan perbincangan yang memfokuskan kepada ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan perniagaan dimana usahawan-usahawan yang berjaya akan berkongsi pengalaman mereka dalam mengatasi cabaran yang dihadapi dan meningkat perniagaan mereka.