Koronavirus: Pemantauan pintu masuk negara di Kedah diperketat [ 13m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

LHDNM & KKTP Negeri Sabah Menjalinkan Kerjasama Strategik Menangani Ketirisan Hasil

KOTA KINABALU, 24 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah (KKTP) menjalinkan kerjasama strategik dalam menangani isu ketirisan hasil dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perkongsian maklumat dan kepakaran.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Tuan Stanley Chong Hon Chung, Timbalan Setiausaha Tetap KKTP sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah, YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah LHDNM bagi Negeri Sabah serta Tuan Wilson Thomas, Setiausaha Rendah Operasi KKTP.

Tindakan KKM Bagi Pengesanan Kontak (Contact Tracing) Kepada Kes Pertama Positif Novel Coronavirus Di Negara Singapura Pada 24 Januari 2020

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pada 23 Januari 2020, negara Singapura telah memaklumkan satu kes import novel coronavirus (2019-nCoV) melibatkan seorang lelaki, warganegara China dari Wuhan berumur 66 tahun. Berikutan dengan pelaporan tersebut, Kementerian Kesihatan Singapura telah menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memaklumkan terdapat seramai lapan (8) orang kontak rapat dengan kes tersebut yang sedang berada di Johor Bahru, Malaysia. Lapan kontak tersebut adalah terdiri daripada empat (4) orang dewasa dan empat (4) orang kanak-kanak dan kesemuanya adalah dari negara China.

Dengan perkongsian maklumat tersebut pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua kontak tersebut berkenaan dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka. Hasil saringan menunjukkan mereka sihat dan tiada tanda-tanda ataupun gejala jangkitan sehingga hari ini. Sampel klinikal juga telah diambil di kalangan kontak ini untuk ujian pengesanan 2019-nCoV. Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau tahap kesihatan harian mereka sehingga 14 hari atau sehingga mereka pulang ke negara asal atau yang mana terdahulu.

Meridian Melancarkan Polimerase Fideliti Tinggi Baharu untuk Menawarkan Penguatan Kukuh untuk Aplikasi NGS dan PCR

CINCINNATI, 24 Jan (Bernama) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ: VIVO) hari ini mengumumkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi yang bukan sahaja menyediakan penguatan fideliti tinggi, tetapi turut menawarkan penguatan untuk diagnostik seiring (CDx) dan ujian klinikal.

Penguatan fideliti tinggi adalah penting untuk aplikasi yang hasilnya bergantung kepada jujukan DNA yang betul, seperti penjujukan generasi hadapan (NGS), pengklonan, dan pengenotipan. Namun, keputusan daripada penguatan tersebut boleh dijejaskan oleh polimerase DNA yang tidak mampu menguatkan jenis jujukan yang berbeza secara sama rata atau jika sampel mengandungi perencat.

Biotalys mengumumkan kerjasama dengan Chrysal untuk menilai potensi biofungisid dalam bunga

GHENT, Belgium, 24 Jan (Bernama) -- Biotalys NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman transformatif pesat maju yang sedang membangunkan generasi baharu biokawalan berasaskan protein, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Chrysal untuk melindungi bunga daripada penyakit kulat dan memelihara keindahan bunga menggunakan biofungisid generasi baharu. Kajian ini akan dijalankan di Chrysal di Belanda dan akan menumpukan pada perlindungan kulat pascapenuaian untuk bunga yang dicantas.

Chrysal ialah pendorong utama dalam industri bunga dan peneraju pasaran dunia dalam makanan bunga untuk melindungi keindahan bunga demi memastikan bunga nampak segar untuk tempoh lebih lama. Menerusi pengalaman dan inovasi melebihi 90 tahun, komitmen terhadap kualiti dan pencarian penyelesaian mampan yang berterusan, mereka mempunyai tumpuan yang teguh pada mengurangkan sisa pada setiap peringkat dalam rantaian hortikultur, melalui produk, nasihat dan protokol mereka.

Taxpayer Roadmap LHDNM

CYBERJAYA, 24 Jan (Bernama) -- Sebagai inisiatif baharu tahun 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan panduan yang dikenali sebagai Taxpayer Roadmap LHDNM yang bertujuan memberi panduan umum berkenaan pentadbiran cukai pendapatan di LHDNM. Taxpayer Roadmap ini telah dilancarkan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia semasa Persidangan Pengarah-Pengarah Bil 1/2020 yang telah berlangsung pada 13 Januari 2020 yang lalu.

Taxpayer Roadmap LHDNM yang mengandungi ringkasan prosedur dan proses kerja di LHDNM ini merangkumi aspek undang-undang percukaian, proses audit dan siasatan serta prosedur rayuan, pungutan dan litigasi percukaian. Ia dibangunkan bagi memberi jaminan serta meningkatkan kepercayaan pembayar cukai terhadap ketelusan setiap tindakan yang diambil oleh LHDNM.

Kemaskini Situasi Semasa Wabak Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) Dan Status Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Potensi Penularannya Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum perkembangan terkini kejadian wabak jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) berdasarkan pelaporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai sumber yang diperolehi setakat ini. Sehingga 22 Januari 2020, terdapat sejumlah 448 kes yang disahkan dijangkiti 2019-nCoV, dengan kebanyakan daripadanya dilaporkan oleh negara China dan tidak hanya terhad kepada penduduk setempat di Wuhan. Sembilan (9) daripada 448 kes tersebut merupakan kes yang dilaporkan dari luar negara China. Kes-kes yang dilaporkan dari luar Wuhan, China mempunyai sejarah perjalanan melawatinya, sejurus sebelum mereka jatuh sakit dan disahkan dijangkiti oleh virus tersebut.

Sehingga kini, cara jangkitan 2019-nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat kemungkinan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission), khususnya dalam kalangan kontak rapat. Namun, siasatan yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai pihak yang terlibat masih tidak dapat memberikan 2 jawapan yang jelas serta tidak dapat mengenalpasti bagaimana sebenarnya jangkitan virus tersebut menular kepada manusia. Namun, buat masa ini pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan dan perdagangan dengan negara China.

Kenyataan Media Koronavirus

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Tempat kerja juga menjadi risiko untuk pendedahan kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Oleh itu, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan sihat.

Pekerja juga bertanggungjawab memberi kerjasama dalam mematuhi arahan atau langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi melindungi diri mereka serta orang lain.