70 olive ridley turtle hatchlings set free in Penang [ 2m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

24 Pelajar Berjaya Melepasi Program Perantisan MIDA-KPM-FMM

Fasa kedua bakal bermula pada akhir April 2019
 

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 24 graduan dari kumpulan pertama Program Perantisan menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada majlis konvokesyen yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini. Program ini merupakan hasil kerjasama antara MIDA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Program Perantisan ini merupakan inisiatif 2 tahun yang mensasarkan pelajar lepasan PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga). Program ini disesuaikan daripada model latihan TVET Jerman, di mana 70 peratus latihan dijalankan dalam industri manakala 30 peratus selebihnya dijalankan di institusi latihan. Program ini merupakan program pintas yang bertujuan untuk menyediakan pekerja mahir yang boleh diserap terus ke dalam industri.

Corsair Infrastructure Partners Mengumumkan Pelaburan Jangka Panjang oleh HarbourVest Partners

HarbourVest melabur di dalam tiga dana yang diuruskan oleh CIP yang memberi tumpuan kepada infrastruktur pengangkutan

NEW YORK, 21 Mac (Bernama) -- Corsair Infrastructure Partners (“CIP”), perniagaan pelaburan infrastruktur global bagi Corsair Capital (“Corsair”), hari ini mengumumkan bahawa HarbourVest Partners ("HarbourVest"), sebuah pelabur institusi terkemuka yang aktif merentasi pelbagai kelas aset dan geografi, telah melabur di dalam tiga dana baharu yang dikendalikan CIP yang diwujudkan untuk menggerakkan modal ke dalam sektor penerbangan, pelabuhan, dan jalan raya.

Pada awal tahun ini, dana baharu CIP ditutup berikutan pengambilalihan pemegangan saham dalam tiga syarikat platform -- pemaju lapangan terbang Vantage Airport Group, pemunggah kargo Australia DP World Australia, dan pengendali jalan tol Sepanyol Itínere Infraestructuras -- dari pelbagai pemegang saham yang menjual termasuk Gateway Infrastructure Investments, sebuah legasi entiti yang diurus oleh CIP. Pelaburan dari HarbourVest berasal daripada sebuah modal institusi jangka panjang yang dikhususkan untuk menyokong penaja ekuiti infrastruktur seperti CIP, dan akan memainkan satu peranan penting di dalam pelaksanaan strategi pertumbuhan CIP bagi ketiga-tiga platform itu.

Organisasi Zon Bebas Dunia akan Menubuhkan Ibu Pejabat Asia Pasifik di Kawasan Baharu Jiangdong, Haikou

HAIKOU, China, 21 Mac (Bernama) -- Organisasi Zon Bebas Dunia (FZO Dunia) telah memilih untuk menubuhkan ibu pejabat Asia Pasifik mereka di Haikou, yang merupakan satu daripada projek pembangunan bagi zon perdagangan bebas (FTZ) perintis Hainan (kumpulan ketiga). Ibu pejabat Asia Pasifik bagi FZO Dunia akan ditempatkan di zon untuk ibu pejabat di Kawasan Baharu Jiangdong, Haikou.

Berdaftar di Geneva dan beribu pejabat di Dubai, Organisasi Zon Bebas Dunia (FZO Dunia) mempunyai impak global yang mendalam. FZO Dunia telah dilancarkan oleh 14 FTZ termasuk Zon Perdagangan Bebas Shanghai dan Zon Bebas Lapangan Terbang Dubai. FZO Dunia termasuk ahli-ahli dari lebih 100 buah negara dan rantau, dan telah mewujudkan kerjasama jangka panjang dan stabil dengan banyak organisasi antarabangsa yang penting, termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Projek Pembangunan Di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri, (JKN) Negeri Sembilan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Ke-3 (RMK 11, RP3) telah memperuntukkan sejumlah RM 1,190 juta untuk projek-projek di Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, RM660 juta adalah bagi projek sambungan manakala RM530 juta adalah bagi projek baru.

ULab Systems Mengumumkan Perkongsian Dengan Dental Assist Untuk Memperluaskan Pengkomersialan Bagi Perisian Perancangan Rawatan Di Jepun

REDWOOD CITY, Calif., 21 Mac (Bernama) -- uLab Systems, pencipta bagi perisian perancangan rawatan ortodontik dalam pejabat yang berinovatif, telah mengumumkan satu perkongsian dengan Dental Assist untuk pengkomersialan di Jepun. Dental Assist adalah sebuah pengeluar terkemuka bagi pendakap gigi untuk pengilang utama bagi pakar ortodontik dan klinik pergigian di Jepun.

Charlie Wen, Presiden bagi uLab Systems menyatakan, “Dental Assist menawarkan kepada kami dengan satu peluang yang baik untuk membantu mengembangkan pasaran pendakap gigi di Jepun. Pada peringkat permulaan, Dental Assist telah menghubungi kami untuk mencari satu penyelesaian yang lebih baik untuk menskalakan output pengeluaran makmal digital mereka. Dalam hanya masa beberapa bulan, kami telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka dengan perisian uLab. Hasil kami menguatkan nilai dan kuasa perisian uLab Systems boleh bawa kepada proses pengeluaran pendakap gigi.”

Disahkan dengan Microsoft Skype for Business, Patton memperkenalkan Integrasi Dikuasakan Awan

GAITHERSBURG, Md., 20 Mac (Bernama) -- Patton— penyedia penyelesaian pendayaan berpusat di AS untuk komunikasi bersepadu (UC), UC sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan Awan—kini mengumumkan semua produk VoIP SmartNode versi 3.X—termasuk Virtual SmartNode (vSN)—adalah disahkan untuk saling boleh kendali dengan Skype for Business (SfB).

Produk SmartNode disahkan oleh TekVizion, makmal yang diperakui oleh Microsoft, dalam kategori SBC dan gerbang dipertingkatkan serta serasi dalam versi akan datang dengan Microsoft Teams.

Prestasi Pelaburan Negeri Selangor tahun 2018

SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad hari ini telah menganjurkan sidang akhbar bagi pengumuman ‘Prestasi Pelaburan Negeri Selangor 2019’ bertempat di Lobi Dewan Annex, Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor 40680 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

‘Prestasi Pelaburan Negeri Selangor Tahun 2018’ tersebut secara rasminya telah diumumkan oleh Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam sidang akhbar ini yang menyatakan prestasi pelaburan Negeri Selangor bagi tahun 2018 secara keseluruhannya, adalah sangat baik dan bersejarah untuk Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad. Kejayaan Prestasi Pelaburan bagi tahun 2018 ini berikutan peningkatan yang diperolehi tidak hanya melebihi sasaran tetapi juga merupakan rekod tertinggi sejak 30 tahun yang lalu.