BERNAMA.com - BN Akan Terus Terima Sokongan Masyarakat India - Mohamad
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA POLITIK


BN Akan Terus Terima Sokongan Masyarakat India - Mohamad

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
PORT DICKSON, 13 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus menerima sokongan padu daripada masyarakat India di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN Negeri Sembilan itu berkata ini kerana masyarakat India hari ini berasa kecewa dengan pelbagai janji yang ditaburkan pembangkang yang masih gagal ditunaikan.

Katanya, di Negeri Sembilan semua isu masyarakat India telah pun diselesaikan.

"Semua masalah selesai, tak ada isu. Isu kuil dah selesai, isu sekolah selesai...jangan dengar cakap orang (yang memburukkan kerajaan). Apa yang dia buat pada masyarakat India?" katanya pada program Indian Young Stars Talk Show di sini, malam ini.

Pada program itu, Mohamad turut menjelaskan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi manfaat semua kelompok rakyat di negeri ini termasuk projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV).....
 
 

       Berita Utama Terdahulu