BERNAMA.com - Agihan Kerusi DUN Selangor Dimuktamad Selewat-lewatnya Akhir Bulan Ini
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA POLITIK


Agihan Kerusi DUN Selangor Dimuktamad Selewat-lewatnya Akhir Bulan Ini

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
SHAH ALAM, 13 Feb (Bernama) -- Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar mengakui masih terdapat percanggahan dan pertindihan kerusi yang dituntut parti komponen dalam Pakatan Harapan Selangor, untuk pilihan raya unum tahun ini.

Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Lima belas kerusi DUN itu termasuk yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU13.

"Kesemua kerusi itu adalah yang kami 'letakkan dalam satu bakul' sebagai kerusi yang boleh diterima semua pihak.Jadi kerusi-kerusi itu akan diagihkan kepada semua parti komponen PH," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Xavier bersama pimpinan PH Selangor dan PH Nasional bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyerahkan lebih 200 bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula kawasa pilihan raya di Selangor di pejabat SPR itu.....
 
 

       Berita Utama Terdahulu