BERNAMA.com - PRU14: PPBM Desak Rundingan Semula Kerusi DUN
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA POLITIK


PRU14: PPBM Desak Rundingan Semula Kerusi DUN

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
SEREMBAN, 9 Feb (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi pusat Pakatan Harapan untuk mengadakan semula rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM negeri Baharuddin Ahmad berkata dalam rundingan tersebut, parti tersebut akan menuntut empat lagi kerusi DUN, yang diyakininya boleh dimenangi.

"Yang kami akan tuntut ialah kerusi di Paroi, Ampangan, Labu dan Linggi, kerana ahli parti kami telah bekerja keras dengan mendekati pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

"Maklum balas yang kami dapat ialah pengundi di sana hanya mahukan PPBM dan akan menolak calon PH jika diletakkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR ) atau Parti Amanah Negara (Amanah).

"Perkara yang berlegar di setiap sudut pemikiran ahli PPBM ialah mengapa dan kenapa susunan kerusi diagihkan tanpa ada rundingan sepenuhnya," katanya semasa sidang media di sini hari ini.....
 
 

       Berita Utama Terdahulu