BERNAMA.com - Pemuda PAS Sokong Undang-undang Sekat Berita Palsu
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA POLITIK


Pemuda PAS Sokong Undang-undang Sekat Berita Palsu

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
ALOR SETAR, 9 Feb (Bernama) -- Pemuda PAS Pusat hari ini menyatakan sokongannya terhadap usaha kerajaan mengadakan undang-undang bagi menyekat penyebaran berita palsu.

Ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata undang-undang sedemikian bukan sahaja dapat mengekang berita palsu tetapi turut membolehkan penyebarnya didakwa di mahkamah.

"Pemuda PAS mengalu-alukan cadangan ini malah kami juga bersedia memberikan cadangan bagi penambahbaikan undang-undang berkenaan jika dibenarkan," katanya pada Majlis Minum Petang Bersama Pimpinan PAS di Taman Budiman di sini, hari ini.

Pada 30 Jan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu di negara ini.

Azalina berkata kerajaan berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.....
 
 

       Berita Utama Terdahulu