Peruntukan RM86,000 disalur kepada balai bomba dan penyelamat, persatuan bomba sukarela [ 6m ago ]

Senarai Berita POLITIK

PH yakin majoriti kemenangan di Tg Piai akan lebihi kemenangan ketika PRU

JOHOR BAHRU, 12 Nov -- Pakatan Harapan (PH) yakin boleh memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai sekali gus meraih majoriti lebih besar ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ni berbanding kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

Berjasa nafi ada hubungkait, terima dana daripada Amanah untuk PRK

PONTIAN, 12 Nov -- Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) hari ini menafikan parti itu mempunyai hubungkait dengan Parti Amanah Negara (Amanah) apatah lagi menerima dana daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Calon PH yakin kehadiran Dr Mahathir mampu tarik sokongan pengundi

PONTIAN, 12 Nov -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini melihat kehadiran Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu kempen beliau esok akan menjadi faktor untuk menarik sokongan pengundi kepada PH.

Rakyat rugi sokong pembangkang jika hanya kerana tidak puas hati dengan PH

PONTIAN, 11 Nov -- Penduduk di Tanjung Piai akan rugi sekiranya memilih pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH).

Bersatu yakin menang PRK Tanjung Piai - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 11 Nov -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan terdapat petanda ramai pengundi yang dahulu menyokong Barisan Nasional (BN) kini menyokong Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada masalah dengan perbualan MB Perak - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 11 Nov -- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada masalah dengan perbualan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam video yang tular baru-baru ini yang memerlukan tindakan diambil terhadapnya.

Rakyat tidak perlu undi pembangkang untuk buat k´jaan ´mendengar´

PONTIAN, 11 Nov  -- Rakyat tidak perlu untuk mengundi pembangkang pada Pililhan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 Nov ini, hanya untuk memastikan kerajaan “mendengar” rintihan mereka, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.