Pegawai APMM maut akibat Zika sedang ikuti kursus pasukan khas [ 12m ago ]

Senarai Berita POLITIK

Ahli Parlimen Bukit Gantang nafi sertai PKR

IPOH, 18 Okt  -- Ahli Parlimen Bukit  Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan laporan bahawa beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas. 

DAP P.Pinang tiada kena mengena dengan komik - Chow

GEORGE TOWN, 17 Okt -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menolak dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa DAP cuba menyebarkan propaganda parti itu menerusi buku komik yang dihasilkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia yang berpusat di sini.

PRK Tanjung Piai: BN akan adakan mesyuarat dalam masa ´terdekat´

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat dalam ‘masa terdekat’ bagi membincangkan calon sesuai untuk pilihan raya kecil (PRK) parlimen Tanjung Piai, pada 16 Nov ini.

Pertemuan Anwar, Azmin tak sentuh isu politik

KUANTAN, 16 Okt  -- Perjumpaan ringkas antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berlangsung di ruang istirahat Parlimen semalam, langsung tidak menyentuh mengenai politik.

Majlis Setiausaha PH desak Hishammuddin henti tampil idea kerajaan tanpa DAP, Amanah

KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mendesak bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghentikan kempen yang cuba menampilkan idea kerajaan tanpa penyertaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pas sedia disiasat jika ahli terlibat dengan LTTE

KUALA TERENGGANU, 15 Okt  -- Pas bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya ada ahli parti itu terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Md Alwi letak jawatan sebagai ketua pembangkang DUN Kelantan

KOTA BHARU, 15 Okt -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuatkuasa hari ini.