True Bangkok United juara edisi sulung SAC 2020 [ 7h ago ]

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas oleh Taufan Kammuri di Filipina - Wisma Putra

Tarikh kemaskini: 04/12/2019
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Sehingga ini belum ada sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Kammuri yang melanda beberapa kawasan di Filipina.

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin melawat atau berada di kawasan yang terjejas agar sentiasa berwaspada dengan keselamatan mereka, dan sentiasa mematuhi arahan dari pihak keselamatan negara itu.

Taufan itu dijangka melepasi Filipina dengan kawasan terakhir yang disinggahnya adalah di Luzon pada Khamis ini, dan kawasan yang dijangka akan terjejas dengan kehadirannya adalah sekitar Visayas dan Luzon.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Manila di 107, Tordesillas Street Salcedo Village Makati City 1227 Filipina, dengan menelefon +63 2 662 8200, +63 917 864 0761 (selepas waktu kerja) atau e-mail mwmanila@kln.gov.my.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu