PH junjung prinsip muafakat, tiada parti paling kuat [ 9m ago ]

Mary Kay Menyokong bagi Pemerkasaan, Keusahawanan dan Kesamaan Wanita Global pada Persidangan Wanita Terkemuka di Seluruh Dunia

Tarikh kemaskini: 20/11/2019
Kiri ke Kanan: Marijana Klapcic, Pengurus Komunikasi, Perhubungan Awam & Pemasaran Kreatif, MK Canada; Pat Mitchell, pengarang Becoming a Dangerous Woman; Michelle Haurilak, Pengarah, Perhubungan Awam, Pemasaran Digital & Produk, MK Canada (Foto: Mary Kay Inc.)
DALLAS, 20 Nov (Bernama) -- Pada bulan ini, Mary Kay Inc. terus memberikan sokongan untuk pemerkasaan, keusahawanan dan kesamaan wanita global dengan menangani isu-isu yang dihadapi oleh kaum wanita pada hari ini pada persidangan wanita terkemuka di seluruh dunia. Syarikat itu secara aktif mengambil bahagian di dalam dua persidangan antarabangsa yang penting: Persidangan Kepimpinan Dunia Forum Wanita Antarabangsa di Toronto, Kanada, dan Forum Global Reykjavik - Pemimpin Wanita di Reykjavik, Iceland.

“Lebih daripada 56 tahun yang lalu, Mary Kay Ash mengasaskan apa yang sekarang merupakan satu daripada juara korporat terkemuka di dunia bagi pemerkasaan wanita,” kata Deb Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay, Inc. “Untuk menghormati legasi beliau, dan bagi memajukan status wanita di mana-mana, kami komited untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi membantu wanita membuka laluan kepada kebebasan, keselamatan kewangan dan sebuah tempat kerja yang lebih sama rata.”



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu