Saksi diminta tandatangan akuan bersumpah mengenai bil kad kredit Ahmad Zahid [ 37m ago ]

Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial: London Hilang Momentum, Tokyo Agak Perlahan dan Paris Menikmati Trend ke Atas

Tarikh kemaskini: 20/11/2019
http://mori-m-foundation.or.jp/wordpress/english/ius2
TOKYO, 20 Nov (Bernama) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.

Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu