PH junjung prinsip muafakat, tiada parti paling kuat [ 12m ago ]

Kejayaan penganjuran Tour de France Shanghai Critérium 2019 mencerminkan minat terhadap acara sukan antarabangsa di China

Tarikh kemaskini: 18/11/2019
Mr. Steve Lau (kiri), Pengerusi bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Activation Group dan Yann Le Moenner, Ketua Pegawai Eksekutif Amaury Sport Organization (A.S.O.), bergambar dengan Egan Bernal (tengah), juara Tour de France 2019 champion. (Foto: Business Wire)
HONG KONG, 18 Nov (Bernama) -- 2019 Tour de France Škoda Shanghai Critérium, acara pertandingan berbasikal antarabangsa, diadakan di Muzium Seni China pada 15 dan 16 November 2019. Juara Tour de France untuk tahun 2019, Egan Bernal, juara Grand Slam sebanyak tiga kali Vincenzo Nibali dan juara Tour de France sebanyak empat kali Christopher Froome, bersama-sama dengan para bintang Tour de France yang lain, termasuklah lima pasukan berbasikal bertaraf dunia dan tujuh pasukan unggul tempatan, menyertai acara ini. Caleb Ewan mendahului acara ini dan diiktiraf sebagai juara Tour de France Shanghai.

Pada tahun 1903, Tour de France yang pertama diadakan di Perancis. Acara ini memiliki sejarah lebih daripada 100 tahun dan merupakan acara paling berprestij dalam dunia berbasikal. Pada tahun 2017, buat pertama kalinya Tour de France diadakan di China. Tiga tahun sebelum ini ia diadakan di Changsha, Beijing, Zhuji dan Shanghai. Atlet kayuh basikal dalam dan luar negara, pro dan amatur dan juga orang ramai semakin menggemari Tour de France. Melalui sokongan kerajaan-kerajaan tempatan di China dan rakan-rakan kongsi, Tour de France di China telah dianjurkan di Zhuji dan Changsha, yang mana seramai 4,000 atlet menyertai acara berbasikal ini seterusnya memecahkan rekod kehadiran. Jenama Tour de France sudah mulai mendapat perhatian di China memandangkan acara ini menggabungkan elemen sukan dan hiburan dengan penyertaan atlet kayuh ternama dunia.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu